Pengalaman Memancing Atas Tasik Beku "Smelt Fishing" di Abashiri Hokkaido

TRAVEL
March 08, 2018 - 04:25 PM


Siapa sangka di atas tasik yang membeku seperti ini boleh memancing ikan. Teringat zaman-zaman kecil dulu pernah sekali tengok Smelt Fishing dalam national geografi kalau tak silap. Masa tu kagum gila siapa yang mampu memancing ikan di atas ais beku yang tebal. Sejuk tu.

Alhamdulillah tahun 2018 pasda umur 28 tahun aku sudah pun mencapai salah satu impian dari kecil lagi. Tak perlu pergi jauh hanya di Hokkaido sahaja. Satu pengalaman yang cukup berharga bila dapat memancing ikan di atas tasik beku ini.

Smelt Fishing di Hokkaido merupakan salah satu aktiviti kegemaran penduduk Hokkaido terutama bagi mereka yang tinggal di Abashiri. Lubang akan di gali atau di “drill” menggunakan satu alat drilling ke atas tasik yang beku di selaputi oleh snow yang cukup lembut. Masa ni memang tak sangka pun kaki yang berdiri ini adalah sebuah tasik di musim panas.

Untuk drill lubang tu mengambil tenaga yang agak banyak sebenarnya. Disebabkan ais yang beku itu cukup keras terpaksa kerah sikit tenaga. Tapi masa tu tak penat pun mungkin disebabkan terlalu excited dan mungkin juga kerana cuaca yang sejuk. Kedalaman drill tu lebih kurang 1 meter ketebalan ais.

Ikan yang akan di pancing adalah sejenis ikan Wakasagi. Kalau di beli kat pasar boleh tahan mahal juga ikan ni walaupun saiznya agak kecil (lebih kurang 10 cm). Kalau tak silap harga di pasaran lebih kurang 500 yen yg dah siap dio goreng.

Selepas di drill baru boleh mula memancing. Umpan yang di gunakan adalah cacing kecil. Sesuai untuk ikan kecil. Hari tu nasib kami baik sebab kami dapat banyak ikan. Tak sampai seminit dah dapat ikan. Paling best lepas dapat ikan tu boleh terus di goreng dekat situ juga. Dapatlah merasa ikan wasakagi tempura fresh dari tasik Abashiri.

Wakasagi smelt fishing bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk tempatan malah amat popular untuk pelancong yang datang di Hokkaido. Smelt Fishing ni boleh di lakukan di mana-mana tasik beku di sekitar pulau Hokkaido. Tapi hati-hati seeloknya dapatkan info tentang di mana tempat boleh buat benda ni. Takut nanti tasik tu tak cukup keras jer.

Hari tu aku buat smelt fishing ni dekat Tasik Abashiri. Depan sahaja dengan tempat hotel yang aku menginap. Kebiasaannya aktiviti ini di buat pada pertengahan januari hingga awal april.

Cara terbaik untuk buat aktiviti ini adalah dengan memasang khemah di atas tasik dengan pemanas di dalam khemah. Sebab kat luar sangat lah sejuk. Kami je mancing dekat luar sebab nak ambil gambar lagipun kat luar view lagi cantik. Sejuk pun sejuk lah. Janji gambar helok. Aktiviti ini sesuai untuk aktiviti keluarga namun memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Al maklumlah memancing ni tak selalunya dapat ikan. Kadang terpaksa kena tunggu lama baru dapat ikan. Depend on luck dan juga cuaca.

Di waktu pagi terutamanya korang juga berpeluang untuk melihat the beautiful morning yang di panggil “diamond dust”. Masa ni air akan tersejat dalam proses kondendasi dan menghasilakn ais Kristal. Wah betul ke ni. Masuk bab sains pulak.

Selain tu boleh juga buat sliding dan snow angle kat atas snow tu. Sumpah best!! Salah satu aktiviti korang wajib try di Hokkaido.

INFO LANJUT:

  • Musim: Awal Januari – Pertengahan Mac
  • Masa: 8:30 AM - 4:00 PM

Fee/Fishing Fees

  • Adults 800 JPY
  • Children 400 JPY

Rentals

  • Pole 150 JPY
  • Chair 100JPY
  • Hook rig 250 JPY

Other

  • Bait 200 JPY
  • Hole Drill 300 JPY

Inquiries

  • Location:On Lake Abashiri
  • Tel:81-152-44-5849 (Abashiri Tourism Association)

Access

Bus

10 min. from Abashiri Sta. on the "Bihoro Route" or "Memanbetsu Airport Route "Bus Get off the bus at "Abashiri Kosou Mae"

Special Thanks to Hokkaido Tourism Organization for this FAM trip!!