[REVIEW] – Sevilla OKR, Rumah Percutian Seisi Keluarga Di Kuala Lumpur

April 25, 2019 - 11:02 AM


Kebiasaannya, agak susah nak cari rumah atau ‘homestay’ yang boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa kalau kita nak adakan majlis keraian dan sebagainya. Kalau ada pun, tak banyak yang ada kemudahan ‘semua-dalam-satu’ maksudnya mungkin ada ruang besar untuk berkumpul, tapi bilik tidur tak banyak. Jadi kena book hotel pula.

Kalau korang mempunyai masalah ini, rasanya boleh consider Airbnb yang bakal kami ceritakan ini. Terletak di Jalan Klang Lama, kira-kira 5 minit dari jalan besar Sevilla OKR merupakan sebuah rumah 3 tingkat yang boleh memuatkan lebih daripada 20 orang tetamu dalam satu masa.

Berkonsepkan ala bali dan Tropicana, rumah ini juga mempunyai ‘hall’ yang luas yang boleh memuatkan sehingga 50 orang tetamu.

Selain daripada hall tersebut, macam biasa ruangan lain seperti bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur dan kawasan luar rumah yang luas. Kira-kira 7 hingga 8 biji kereta juga muat untuk diletakkan.

Mempunyai 7 bilik tidur dan 8 katil, kalau pengiraan kasar, bolehlah muatkan sehingga 20 orang tetamu.

Pada kami, rumah ini sangat sesuai jika korang nak adakan majlis keramaian macam gathering ke, majlis hari jadi ke, nak lancarkan produk dan sebagainya sebab ianya luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Kalau nak gunakan hall dan nak adakan BBQ pun boleh sebab memang disediakan. Cuma kena bagitahu awal dan pengusaha homestay ini akan sediakan.

Ini kami tempah dari katerer luar, dibenarkan jugak. 

Dari segi harga, RM1299 untuk satu malam, kalau sorang yang bayar, rasa berat lah, tapi kalau dibahagikan sama rata untuk 20 orang misalnya, seorang perlu bayar RM70 sahaja dan korang dapat sebuah rumah percutian yang selesa dan boleh berkumpul ramai-ramai.

Untuk tempahan, korang boleh ke Airbnb atau hubungi terus Sevilla OKR ni.

Alamat : Sevilla OKR, 205, Jalan Sepadu, Taman United, Kuala Lumpur, Malaysia 58200

Nombor Telefon : +60 16-787 8486

Facebook : 

 

Destination: