RM12 Ribu Satu Malam, Resort Ini Merupakan Resort Paling Privasi Di Dunia

TRAVEL
November 22, 2018 - 06:22 PM


Tiada jiran atau penghuni lain, hanya korang dan pemandangan yang cantik!

Bayangkan, satu pulau hanya ada empat orang dalam satu masa. Sampai macam tu sekali privasi yang korang boleh dapatkan di resort ini. Terletak di Belize, sebuah negara di Amerika Tengah, The Gladden Private Island Resort menjanjikan tahap privasi yang menakjubkan.

Dibangunkan oleh Vision Property dan dikelola oleh Private Islands Inc, The Gladden Private Island Resort ini dilabelkan sebagai resort paling private di dunia. Lokasinya adalah di sebuah pulau kecil yang dinamakan Gladden, resort ini terletak di kawasan rizab simpanan terumbu karang perairan Carribean.

Lebih menakjubkan, kawasan terumbu ini adalah yang terpanjang dan kedua terbesar di dunia! Pasukan yang bertanggungjawab menyiapkan projek ini melabelkan kawasan ini sebagai paling cantik di dunia.

Konsep yang diketangahkan adalah percutian mewah, dimana mereka menyediakan servis ‘all-inclusive’ yang mana ia termasuk dengan chef khas, lesen selaman skuba daripada PADI, dan macam-macam lagi.

Villa yang ada di pulau ini pula, memang dikhaskan untuk dua orang hingga empat orang, kalau nak datang dengan keluarga lah. Jadi, bahasa mudahnya kalau datang berdua, memang korang akan berdualah dengan isteri/suami di pulau tersebut.

Pekerja yang bekerja disini tinggal di satu pulau berasingan namun akan respon pada bila-bila masa jika diperlukan.

Untuk ke sini, ada dua cara iaitu dengan helikopter yang disediakan kalau menginap lebih daripada 7 hari. Kalau kurang dari tujuh hari, perlu tambah RM7500 untuk satu perjalanan. Diorang akan tunggu korang di kastam Belize dan terus naik helikopter.

Cara ke dua, menggunakan bot laju. Naik penerbangan yang disediakan ke Placencia dan staff mereka akan iring sampai ke Gladden ni. Terasa VVIP kan?

Harga, untuk 2 orang adalah USD 2,950 (RM12,400) untuk satu malam. Atau USD 3,350 (RM14,000) untuk satu malam. TAPI, syarat untuk menginap disini adalah 4 malam, minimum. Jadi lebih kurang RM 49,000 untuk 2 orang!

Pakej ini termasuklah seorang gourmet chef, semua jenis minuman, aktiviti seperti snorkelling, diving dan lesen daripada PADI, rawatan spa, lawatan ke tempat menarik di Belize dan pengankutan dari Belize ke sini dan dari sini ke Belize.

Kalau teringin dan ada duit lebih, boleh la tengok di laman web Gladden Private Island Resort ni ye…

Kredit Gambar : Website | Gladden Private Island Resort