Senarai 10 Pantai Yang Perlu Anda Lawati Pada Tahun 2018

TRAVEL
December 08, 2017 - 11:10 AM


Tahun 2017 sudah hampir ke penghujung dan kebiasaannya cuti pun dah habis kita pakai. Bulan Disember ni kita habiskan masa di rumah dengan keluarga ataupun… kita rancanglah percutian untuk tahun hadapan.

Kenapa kena rancang sekarang, satu sebab masa ini selalunya banyak syarikat penerbangan buat promosi. Sudah tentu tiket lagi murah.

Dan, untuk yang minat percutian yang ada pantai, kami ada senarai pantai yang anda boleh lawati untuk tahun hadapan. Apa lagi, ambil pen dan kertas, catat nama tempat, pegi cari tiket flight sekarang.

 

#1. Siesta Beach, Florida.

Pantai Siesta ini terkenal dengan pasir yang sangat lembut. Dikatakan 99% adalah kuarza tulen. Pantai ini juga dinobatkan sebagai pantai terbaik di US pada tahun ini oleh TripAdvisor serta menduduki tangga ke 5 dalam dunia!

 

#2. Ocean Cay Reserve, Bahamas

Pada asalnya, kawasan ini merupakan kawasan perindustrian sebelum diubah menjadi pusat konservasi marin dan juga merupakan pulau persendirian.

 

#3. Baia do Sancho, Brazil.

Pantai ini adalah pantai yang tidak asing lagi untuk para pelancong. Selain dikelilingi oleh tebing yang tinggi, air yang memang biru serta terumbu karang yang dipenuhi dengan ikan tropika dan juga penyu. Pantai ini agak tersorok sehinggakan jika anda mahu ke sini, anda perlu melalui jalan tanah merah dan juga beberapa tangga di tebing yang curam.

 

#4. Kapalua Bay Beach, Maui, Hawaii.

Fakta menarik tentang kawasan ini, pantai kecil berbentuk separa bulat ini terbentuk akibat aliran lava! Terlindung dengan kawasan berbukit di kiri dan kanan pantai, kawasan ini memberikan privasi.

Airnya kelihatan agak hijau kebiruan atau dipanggil warna azure sangat sesuai untuk aktiviti snorkelling.

 

#5. Praia do Camilo, Algarve, Portugal

Portugal adalah salah satu negara yang menjadi tarikan pelancong sejak akhir-akhir ini. Ini berikutan jarak serta matawang yang agak murah berbanding negara Eropah lain. Terletak di Algarve, pantai ini merupakan daya tarikan paling popular disana.

 

#6. El Nido Beach, Palawan, Philippines

Nama Palawan tidak perlu diterangkan lagi. Menjadi sebutan para traveller, Palawan adalah diantara pulau yang terbaik dan terletak di Asia. Laman web Travel + Leisure meletakkan Palawan sebagai pulau terbaik di dunia. EL Nido menempatkan 50 pantai yang mempunyai pasir halus yang cantik. Selain daripada formasi gunung batu kapur, tebing marmar dan air terjun.

El Nido juga merupakan pusat konservasi marin dan juga santuari di Filipina. Jadi, ekosistem di sini sangat terjaga.

 

#7. Reynisfjara Beach

Terletak di Iceland, lokasi yang tidak asing lagi bagi peminat filem Hindustan. Selepas keluarnya filem Dilwale, secara tiba-tiba, Iceland menjadi tempat popular kerana lokasi yang menarik. Sebenarnya, bukan sahaja Dilwale, tetapi terdapat banak penggambaran filem dibuat di Icleand seperti Batman, Game Of Throne dan lain lain lagi.

Berbalik kepada Reynisfjara Beach ni, memang pasirnya hitam serta sejuk. Selain daripada itu, formasi batuan basalt disekitar pantai ini mencantiklan lagi pemandangan disini.

 

#8. Playa del Amor (Hidden Beach), Parque Nacional Islas Marietas, Mexico

Pantai yang cantik, kebiasaanya akan tersorok. Begitu juga dengan Playa del Amor atau Hidden Beach ini. Nama pun hidden, sememangnya pantai ini tersorok didalam sebuah gua. Anda perlu berenang dalam satu terowong sebelum boleh sampai ke sini.

Fakta : Pada asalnya, kawasan ini terhasil akibat percubaan letupan bom oleh tentera Mexico pada tahun 1900

 

#9. Ipanema Beach, Rio, Brazil.

Pantai Ipanema ini agak berlainan daripada pantai lain dalam senarai ini. Sebabnya, Ipanema adalah salah satu pantai urban yang cantik ditengah bandar Rio. Selain daripada lokasinya yang bersebelahan bandar, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini.

 

#10. Nyang Nyang Beach, Bali

Sebut pasal pantai cantik, mustahil Bali tak ada dalam senarai kan? Selain daripada pantai Kuta, di Bali terdapat banyak lagi pantai yang cantic dan berjaya mendapat tempat dalam senarai pantai terbaik di dunia.

Pantai Nyang Nyang antara salah satu daripadanya. Walaupun terpaksa berjalan jauh mengikut trek yang kira-kira 30 minit, pantai Nyang Nyang agak terpencil dan kosong. Jika anda kesini, anda akan berasa seperti berada di pantai kepunyaan sendiri.