Senarai Cuti Panjang Pada Tahun 2018, Inilah Waktu Paling Sesuai Untuk Bercuti..!

TRAVEL
October 19, 2017 - 04:22 PM


Pejam celik, pejam celik, kita dah nak menghampiri tahun 2018 dah. Lebih kurang 2 bulan lagi kalau kita tolak baki hari bulan Oktober ini.

2017 ni sudah tentu ramai yang menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang best mahupun bercuti. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang paling banyak cuti =)

So, kepada anda yang belum sempat nak bercuti atau cuti tahun ni dah habis tu, ini kami ada senarai cuti panjang yang kita akan jumpa tahun hadapan.

Apa lagi, dah boleh rancang untuk percutian anda seterusnya.

Walaupun sesetengah daripada tarikh tersebut hanya boleh diguna pada siapa yang bekerja di KL dan Selangor sahaja tetapi, ada tarikh-tarikh lain yang kita akan bercuti panjang. Tarikh- tarikh dibawah ni ada jugak termasuk tarikh yang korang kena apply cuti sendiri ye… Ini contoh je…

 

Okay kita mulakan :

Januari

30th Disember 2017 – 1st January 2018 (Sabtu - Isnin) – Isnin tu cuti tahun baru…

27th Januari – 31st Januari (Sabtu – Rabu) – 31 Januari tu pulak ialah perayaan Thaipusam

atau

31st Januari – 4th Februari (Rabu – Ahad)

 

Februari

1st Februari – 4th Februari (Khamis – Ahad) 1 Februari tu Hari Wilayah, so KL cuti..

16th Februari – 18th Februari (Jumaat – Ahad) 16-17 tu sambutan Tahun Baru Cina…

May

28th April – 1st Mei (Sabtu - Selasa) 1 Mei tu kan hari buruh… Amik cuti hari Isnin… =)

26th Mei – 29th Mei (Sabtu-Selasa) 29 Mei tu adalah Hari Wesak

 

Jun

15th Jun– 17th Jun (Jumaat - Ahad) 15-16 Jun Hari Raya Aidilfitri – ini pepandai lah apply, supaya dapat cuti lama sikit… hehehe…

 

Ogos

18th Ogos – 22nd Ogos (Sabtu - Rabu) 22 Ogos - Hari Raya Haji

ataupun

22nd Ogos – 27th Ogos (Rabu-Ahad) – Sama jugak macam cuti raya, kalau oandai amik cuti, dapatlah cuti panjang…

31st Ogos – 2nd September (Jumaat - Ahad) Cuti hari merdeka.

 

September

8th September – 11th September (Sabtu - Selasa) 9 September Hari Keputeraan YDP Agong dan 11 September tu pulak Awal Muharram..

15th September – 17 September (Sabtu - Isnin) 16 September, Hari Malaysia dan jatuh pada Ahad, 17 September tu ialah cuti berganti.

 

November

3rd November – 6th November (Sabtu - Selasa) 6 November tu Hari Deepavali, Isnin tu apply lah cuti…

17th November – 20th November (Sabtu - Selasa) 20 November tu ada sambutan Maulidur Rasul, sama jugak, kalau nak cuti panjang waktu ni, apply cuti Isnin.

December

8th December – 11th December (Sabtu - Selasa) 11 December tu Hari Keputraan Sultan Selangor. Yang ni, siapa kerja area Selangor je cuti. Kl tak! hehe

22nd December – 25th December (Sabtu - Selasa) 25 December tu biasalah, Christmas.

29th December – 1st Januari 2019 (Sabtu – Selasa) 1 January tu tahun baru dah…

 

So, dah dapat gambaran kan? Dah boleh dah nak rancang percutian anda tahun depan. Ataupun, nak book tiket flight ke, nak visit MATTA fair ke, tarikh dah cun dah ni…

Selamat merancang percutian!

 

Sumber : RojakDaily