Tak Nak Percaya, Terpulang. Tapi Ini 6 ‘Rahsia’ Travel Dari 'Orang Dalam' Airport

TRAVEL
January 04, 2018 - 01:56 PM


Untuk anda yang dah biasa naik kapal terbang untuk travel, rasanya majoriti dah tahu pasal ‘rahsia-rahsia’ ini. Tetapi untuk anda yang tak tahu lagi, portal travel Travel + Leisure dapat rahsia ini daripada ‘orang dalam’ airport sendiri.

Ini antara ‘rahsia’ dan tips yang kami dapat…

 

#1. Zip Berkunci Sebernarnya Tiada Fungsi

Menurut penulisan mereka, dan rasanya ada video di Youtube, zip beg yang berkunci itu sebenarnya tetap boleh dibuka. Hanya dengan menggunakan pen sahaja. Para pekerja di airport akan buka beg yang tiada tag untuk tujuan pengenalan dengan menggunakan pen sahaja.

Jadi, jangan ingat beg berkunci itu tak boleh dibuka ye. Kalau nak selamat, wrap dengan plastik nipis cerah tu.

 

#2. Bawak Earphone Sendiri

Rasanya ini ramai yang tahu juga. Headset yang dibekalkan dalam kapal terbang itu sebenarnya bukanlah yang baru. Dah beratus, mungkin beribu orang pakai sebelum anda. Walaupun berbalut dengan plastic, hakikatnya earphone tersebut akan dikutip dan dibersihkan semula sebelum dibungkus untuk diberikan kepada penumpang lain.

 

#3. Sila Buang Tag Penerbangan Lama Anda

Ramai yang buat macam ni sebenarnya. Sebab nak tunjuk dia selalu travel.

Tapi, risiko bag anda itu ke tempat lain sangat besar. Sebabnya, bila nak discan, pekerja atau mesin pengimbas akan keliru dan mulai dari sini, beg anda akan ke destinasi lain.

 

#4. Jangan Buat ‘Taik’ Dengan Pekerja Di Airport

Ini common sense, anda layan orang baik, anda akan dapat layanan baik. Nak mintak sesuatu, tanya dengan elok, kemungkinan akan dapat ekstra. Penumpang sebelah buat hal, bagitahu pramugari/pramugara dengan elok, silap-silap dia boleh bagi seat lain. Ini menurut pramugara di Reddit.

 

#5. Beli Tiket Dan Terbang Pada Hari Selasa!

Rasanya ini ada ditulis dalam tips dapatkan tiket murah disini sebelum ni. Kebanyakan portal berkaitan penerbangan dan travel juga sering highlightkan yang pembelian pada hari Selasa dan penerbangan pada hari Selasa selalunya lebih murah berbanding hari lain.

 

#6. Jangan Minum Kopi Dalam Penerbangan

Menurut satu sumber, tiada siapa basuh bekas membuat kopi tersebut setiap pagi. Selain tidak dibekalkan dengan peralatan mencuci dengan betul, kebanyakan daripada mereka hanya akan bilas dengan air dan terus masukkan dan bancuh kopi untuk penumpang.

 

Dah dapat ‘rahsia-rahsia’ ni? Lepas ni kalau nak travel, ingat perkara-perkara ini ye.

 

Sumber : Travel + Leisure