Tak Payah Pergi Switzerland, Tanah Tinggi Ba’Kelalan Ni Lagi Best!

JALAN-JALAN
September 04, 2020 - 05:35 PM


Tanah Tinggi Be’kelalan ni terletak dekat daerah Lawas di Sarawak. Berada di ketinggian 3000 kaki dari aras laut dan suhu dia bawah 21 darjah celcius. Bagi korang yang minat pergi tempat-tempat sejuk, memang wajib datang sini. Bukan tu je, pemandangan dia membuatkan korang rasa seolah-olah berada di Switzerland.

Jadi apa sebenarnya maksud Ba’Kelalan ni? Ba itu bermaksud sawah padi dan Kelalan pula bermaksud sungai. Bila dah nama sawah padi, sudah tentu lokasi ni terkenal dengan berasnya. Bukan tu je, ada juga garam dan strawberi tau. Seorang warga Facebook bernama Nurul Anis Abu Bakar menceritakan pengalamannya pergi ke tanah tinggi ni.

Untuk sampai ke tempat ni korang boleh naik pesawat twin-otter dari Miri ke Lawas. Then baru drive ke Ba’kelalan. Dan airport di Ba’kelalan ni pun bukanlah besar, malah ianya merupakan airport terkecil dalam Malaysia! Best juga boleh tengok rupa airport tu. Jadi apa yang korang boleh buat di Tanah Tinggi Ba’Kelalan ni?

 

Purait Strawberry Farm

Korang boleh melawat ladang strawberi di sini dan rasa sendiri kemanisan strawberi organik. Memang sedap dan warna pun cantik, sesuai la ambil gambar masuk insta. Bukan tu je, korang pun boleh beramah dengan pemilik ladang ni. Belajar sejarah ladang ni dan macam mana nak menjaga strawberi sampai jadi sedap macam ni.

 

Berjalan Di Sawah Padi

Kalau teringin nak berjalan di sawah padi boleh je dekat sini. Dan korang juga boleh tangkap ikan dengan orang kampung sambil beramah mesra dengan mereka.

 

Ba’Kelalan Owl House

Rumah yang sangat cantik ni diberi nama Ba’Kelalan Owl House dan rumah kayu ni memberikan feel dan aesthetic kampung zaman kanak-kanak dulu. Bukan tu je, dengan pemandangan kehijauan dan reka bina dia, boleh keliru kejap tau sama ada korang ada di Switzerland ke Malaysia ni. Memang sangat cantik!

Dan pemilik rumah ni memang sangat peramah dalam melayan Anis dan rakan-rakannya. Di rumah ni korang boleh merasai kopi beras iaitu sejenis kopi yang dihasilkan daripada beras dan dikaramelkan.

 

Hiking Pa Sarui View Point

Kepada korang yang minat hiking mesti korang suka tempat ni. Kerana pemandangan di puncak Pa Sarui memang sangat memuka, vibe dia lain tau dari hiking di tempat-tempat lain. Korang akan nampak view sawah padi dan Kampung Buduk Nur dari atas. Bagi yang tak minat hiking jangan risau, menurut Anis, tak susah pun trail dia. Beginner pun boleh naik.

 

Long Kumap Salt Spring & Sungai Kumap

Ba’Kelalan ni terkenal dengan beras dan garamnya. Jadi tak sah lah kalau dah sampai sini tapi tak tengok penghasilan garam tersebut. Untuk pergi ke Salt Spring, korang kena merentas Sungai Kumap. Hati-hati ya, sejuk gila tau sungai ni, dekat kawasan tinggi kan. Tapi kalau tahan boleh lah nak mandi manda di sini lepas melawat Salt Spring.

 

Tapak Projek Epal Ba’Kelalan

Korang tahu tak sebenarnya epal ni perlu ditanam di lokasi yang mempunyai suhu rendah? Sebab tu lah ada tapak projek epal di sini. Dah datang sini boleh lah makan epal sambil bersembang dengan penduduk tempatan.

 

Airport Handcraft Ba’Kelalan

Apa yang Anis buat sebelum pulang adalah melawat ke kedai kraftangan di airport Ba’Kelalan. Produk yang ada memang original tau dibuat oleh penduduk situ. Jadi korang bolehlah support hasil kerja diorang dan simpan beberapa buah tangan sebagai kenangan.

 

Jadi itulah dia pengalaman yang dikongsikan oleh Nurul Anis di Facebook beliau. Kalau korang ada apa-apa soalan ke apa bolehlah pergi di bawah dan tanya sendiri tuan badan okay?

 

TANAH TINGGI BAKELALAN, LAWAS, SARAWAK Terletak di daerah Lawas di Bahagian Limbang, Bakelalan atau dahulunya dikenali...

Posted by Nurul Anis Abu Bakar on Monday, August 24, 2020

 

Sumber: Facebook Nurul Anis Abu Bakar

Destination: