Tiada Lagi Caj Di KLIA2 Mulai Hari Ini Oleh AirAsia

TRAVEL
January 07, 2019 - 12:32 PM


Jika sebelum ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) telah diperkenalkan pada Mei 2014 bertujuan menampung kos tambahan yang terhasil daripada penggunaan fasiliti mandatori yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di KLIA2.

Berita baik buat geng travel terutama yang sering menggunakan AirAsia kadar caj di KLIA2 telahpun dimansuhkan oleh AirAsia bermula hari ini 7 Januari 2019. 

Caj tersebut dikenakan bagi penggunaan jambatan udara, sistem check in SITA dan sistem menaiki pesawat, yang tiada di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT), sebelum ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia sejak dari mula, kami telah mengatakan yang KLIA2 adalah tidak sesuai untuk operasi syarikat penerbangan tambang rendah dan kami akan terus ke Malaysia Airports untuk segala kos tambahan yang mereka kenakan ke atas kami.

Jadi selepas ni harapnya caj lain takkan muncul dah. Kalau kat Malaysia ini satu caj lain dimansuhkan, berpuluh caj lain akan muncul. 

Apa lagi guys jom fly!

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video