Tidur Diantara Rak Buku Di Book And Bed Hotel Jepun…

November 01, 2017 - 03:16 PM


Bagi seorang peminat buku atau minat membaca, tidur dikelilingi ribuan buku adalah satu yang sangat dihajati. Manakan tidak, boleh ambil temani malam dengan bau-bau buku yang ada disekeliling selain dapat membacanya.

Kita dah biasa dengar konsep bed and breakfast. Dan kita tahu hotel berkenaan sediakan breakfast termasuk dengan harga katil atau bilik yang ditempah.

Lain pula di Jepun. Konsep book and bed hotel di sini ini mengalu-alukan kedatangan ulat buku ke hotel mereka. Malah mereka ada 4 cawangan iaitu di Kyoto, Fukuoka, Ikebukuro dan Asakusa.

Trend yang dimuklakan sejak 2014 ini bermula apabila sebuah kedai buku membenarkan pelanggannya untuk bermalam di sana dan dari situlah mulanya perjalanan book and bed hotel ini.

Hotel yang dipenuhi dengan buku ini menempatkan katil diantara rak-rak buku yang tersedia. Selain boleh membaca buku, pelanggan atau pengunjung disini boleh tidur dan boleh membaca secara santai disini.

Walaupun satu kapsul disini tidaklah nampak begitu selesa, namun apa yang mahu diterapkan ialah budaya membaca buku itu sendiri.

Pengunjung boleh memilih sama ada tidur di bunk bed atau rak buku. Dengan harga 4800 yen satu malam dan harga ini berkemungkinan lebih mahal pada hari cuti. Namun begitu, katil tidak disediakan untuk siang hari ye… Hanya untuk bermalam je ada katil...

Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke laman web Book And Bed Tokyo ini...

 

Destination: