Tip Memilih Tempat Duduk Dalam Pesawat

TRAVEL
July 13, 2017 - 06:10 PM


Travel memang seronok. Lagi-lagi bila dapat naik pesawat. Namun jika jarak destinasi anda mengambil masa yang lama contohnya KL ke LHR selamat 14 jam (direct flight) sudah pasti ianya menimbulkan rasa yang amat bosan. Banyak juga sebenarnya perkara yang anda boleh lakukan di dalam peswat untuk hilangkan rasa bosan. Salah satunya adalah tidur. Haha seronok weh tidur dalam pesawat ni. 

Namun begitu, tempat duduk di dalam pesawat juga memainkan peranan penting dalam memberi keselesaan sepanjang pernerbangan anda.

Disini aku kongsikan beberapa tip untuk memilih tempat duduk di dalam pesawat.

1. Keselamatan

Jika anda mempertimbangkan alasan keselamatan,  pilihlah tempat duduk di bahagian lorong belakang pesawat. Dalam satu kajian memberitahu, penumpang yang berada di bahagian belakang pesawat memiliki peluang hidup 40% lebih tinggi berbanding penumpang di hadapan jika berlaku kemalangan.

2. Penerbangan lebih ‘lancar’

Untuk penerbangan yang lebih lancar atau smooth, pilih tempat duduk selepas sayap pesawat. Semasa berlakunya gegaran, bahagian depan dan belakang lebih cendurung untuk melambung berbanding kerusi selepas sayap pesawat.

3. Penerbangan tenang

Tidak suka dengan bunyi bising? Pilih tempat duduk di bahagian depan kabin pesawat. Ia akan menjauhkan anda dari kebisingan bunyi mesin yang bakal mengganggu tidur anda.

4. Untuk tidur

Jarak perjalanan yang jauh mengundang bosan dan lebih baik tidur. Jadi, jika anda memilih untuk tidur maka pilihlah tempat duduk di tepi tingkap di bahagian tengah pesawat. Bonusnya, anda boleh menyandar sambil melihat permandangan yang cantik-cantik. Paling penting jangan ambil tempat duduk berhampiran dengan tandas. Kerana cahaya dan orang ramai keluar masuk akan mengangu tidur anda.

Personally bagi aku, bahagian paling best bila nak terbang ada semasa landing dan take off. Satu perasaan yang hebat disitu tak dpaat nak gambarkan. Dan bahagian tak seronok ketika pesawat mengalami gegeran udara. Aku pernah terbang dari Christchurch New Zealand ke Sydney Australia. Gegaran teramat kuat. Penerbangan 3 jam aku rasa bagaikan 3 hari. Sangat menagkutkan. Mungkin keadaan geografi di kawasan lautan terbuka membuatkan angin begitu kuat.