VistaPet Tawar Penerbangan Ekslusif Untuk Haiwan Peliharaan





Amboi..amboi…ingatkan manusia je yang pandai berjalan-jalan dan mengembara pergi negara orang.

Sekarang, haiwan peliharaan pun boleh terbang ikut tuannya pergi bercuti juga. 

VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global melancarkan “VistaPet” iaitu sebuah program komprehensif untuk menerbangkan haiwan peliharaan.

Punyalah istimewa layanan terhadap haiwan-haiwan peliharaan ini di atas awan, mereka akan turut dilengkapi dengan layanan oleh pengamal veterinar yang berpengalaman, perapi, ahli diet dan jurulatih.

Kesemua petugas profesional itu adalah untuk membantu dan memberi respon terhadap keperluan serta cabaran yang dihadapi apabila terbang bersama haiwan kesayangan masing-masing.

Malah, pasukan perkhidmatan pelanggan VistaJet menasihati penumpang mengenai peraturan yang dikenakan ke atas penerbangan dan destinasi mereka semasa terbang bersama haiwan kesayangan, termasuk vaksinasi, cip mikro, sijil dan butiran permit.

Menurut laporan BERNAMA, VistaJet telah mencatat peningkatan 104 peratus jumlah haiwan yang diterbangkan sepanjang 2 tahun lepas.

30 juta orang dianggarkan telah mengembara bersama ‘sahabat setia’ mereka itu pada setiap tahun.

Dalam setiap penerbangan, penumpang juga akan menerima Vista Pet Pochette iaitu beg perjalanan yang mengandungi koleksi barangan untuk menjaga haiwan kesayangan semasa dan selepas penerbangan.

Bahkan, menu seimbang untuk menjaga haiwan terhidrasi dan sihat juga telah dibangunkan mengikut nasihat daripada doktor haiwan klinikal, Dr Bruce Fogle.

Pramugari VistaJet juga boleh menawarkan pati bunga semula jadi untuk dicampurkan dengan air minuman haiwan berkenaan bagi membantu mereka lebih selesa dan tenang sepanjang penerbangan.

Kalau korang yang teringin nak merasai pengalaman travel bersama haiwan kesayangan, korang boleh dapatkan maklumat lanjut di VistaJet International Limited.

 

 

 

;