Johhny Depp Mati Pucuk Jadi "Punca" Amber Heard Dipukul?

GAYA HIDUP
August 04, 2022 - 05:56 PM


Pelakon Johnny Depp mengalami masalah mati pucuk  yang  membawa kepada perlakuan keganasan seksual terhadap bekas isterinya, Amber Heard,  demikian menurut  peguam aktres berkenaan seperti laporan  portal berita MailOnline.

“Meskipun Depp enggan mendedahkan masalah yang dihadapinya itu, keadaan tersebut adalah relevan kepada tindakan keganasan seksual yang dilakukannya.

“Ini  termasuk sikap panas baran dan menggunakan botol terhadap Heard,” demikian menurut dokumen pada 28 Mac lalu itu yang diperoleh semalam.

Menurut peguam Heard, keadaan kesihatan Depp menjadi faktor kepada sikap ganas  terhadap isterinya.

Heard mendakwa, ketika mengambil ubat  bagi mengatasi masalah mati pucuk, kesukaran yang dialami Depp ketika melakukan hubungan seks  menyebabkan dia menjadi seorang pemarah dan melepaskan kemarahan itu terhadap isterinya.

“Saya mengganggapnya sebagai hubungan seks ketika marah. Dia bertindak ganas terhadap saya selama beberapa kali dan melakukan hubungan seks dalam keadaan marah,” kata Heard.

Bintang Aquaman itu turut menambah, bekas suaminya itu kerap  menghabiskan lebih banyak masa untuk minum arak bersama rakan-rakan  dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk,  menjadikannya bertindak ganas.

Depp menafikan semua tuduhan Heard termasuk serangan seksual sepanjang proses perbicaraan kes saman mereka yang berakhir Jun lalu.

Heard telah diarah  oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$10.35 juta (RM46.1 juta) selepas juri mendapati dia memfitnah Depp menerusi satu kenyataan dalam akhbar Washington Post yang diterbitkan pada 2018. – AGENSI 

Destination: