Kedah Bakal Miliki Litar Lumba Bertaraf Antarabangsa!

GAYA HIDUP
August 16, 2022 - 11:19 AM


Hasrat Kedah memiliki litar lumba bertaraf antarabangsa bakal tercapai selepas litar bernilai RM75 juta bakal dibina dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bakal dibangunkan di tanah milik Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) di kawasan seluas 60 hektar.

"Kita semua maklum bahawa pelan asal yang dirancang adalah Litar Lumba Rakyat dan pelan ini juga telah beberapa kali dipinda menyebabkannya tertangguh begitu lama dan menyebabkan kos asal meningkat.

"Berikutan itu, kerajaan negeri bersetuju meneruskan pelan perancangan akhir dengan meningkatkannya kepada Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani yang dilengkapi pusat komersial lain," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Litar Lumba Rakyat dinaik taraf ke litar lumba antarabangsa kerana ia perlu dibina dengan trek dan fasiliti perlumbaan yang selamat, profesional dan diselenggara baik.

"Bagi mengelakkan beban kewangan masa depan kepada kerajaan, syarikat PKB Open Road sebagai pelabur bersetuju mengambil alih projek tersebut.

"Walaupun litar ini nanti lebih bersifat komersial, namun ia juga boleh digunakan oleh rakyat yang berminat dalam sukan permotoran," katanya.

Beliau berkata, pada masa hadapan, Kedah bakal mempunyai dua litar lumba iaitu di Langkawi dan Sungai Petani yang mana keduanya akan dibina dan diurus PKB Open Road.

 

Destination: