Kerajaan Thailand Tambah 2 Kereta Api Baharu Dari Bangkok Ke Padang Besar

TRAVEL
August 15, 2022 - 11:55 AM


Berita baik! Thailand menambah dua kereta api baharu yang beroperasi dari Bangkok ke sempadan Malaysia di Padang Besar, Perlis.

Lapor Thaiger, kereta api baharu itu akan membawa rakyat Thailand dan golongan ekspatriat ke sempadan Malaysia serta mempromosikan pelancongan dan menarik pelancong ke selatan negara. 

Pengarah Pusat Perhubungan Awam SRT berkata, pihak kerajaan berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia melancong ke Thailand sejak sempadan Thailand-Malaysia dibuka khususnya apabila Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 dilonggarkan. 

Bulan lalu, kereta api antara bandar Hat Yai, Selatan Thailand dan Padang Besar menyambung semula perkhidmatannya selepas berhenti beroperasi lebih dua tahun apabila sempadan antarabangsa ditutup akibat pandemik Covdi-19. 

Destination: