
Lelaki Haram Pakai! dUCk Tarik Balik Jualan Tali Leher Marvel
June 18, 2020 - 06:38 PM
Baru saja peminat dUCk berbangga kerana melancarkan koleksi terbaru hasil kerjasama dengan Marvel. Mana tidaknya, cantik betul rekaan tali leher yang diinspirasikan oleh adi wira Iron Man. 'Memang ngam' untuk dijadikan hadiah sempena Hari Bapa!
Malah, ia adalah satu sejarah apabila dUCk menjadi jenama fesyen pertama di dunia yang berkolaborasi dengan Marvel.
Menerusi hantran di Instagramnya, dUCk mengumumkan untuk menderma tali leher Marvel kepada petugas barisan hadapan bukan beragama Islam sebagai hadiah Hari Bapa.
Selain menarik balik jualan tali leher berkenaan, mereka akan memulangkan semula wang kepada mana-mana pihak yang sudah membeli koleksi itu dalam masa terdekat. -