Mahalnya Harga Nak Buat Ujian COVID-19! Ini Cara Anda Boleh Buat Aduan Jika Ditipu

June 16, 2021 - 06:54 PM


Kes makin lama makin meningkat, didalam kesempitan ketika pandemik ini masih ada pihak yang cuba untuk menipu sesetengah rakyat Malaysia dengan mengambil keuntungan lebih dari ujian Covid-19. Ada juga mewajibkan orang ramai agar ambil ujian itu terlebih dahulu sebelum meneruskan urusan masing-masing. 

Harga untuk ujian bukanlah murah dan mampu dibayar oleh kebanyakan orang ramai, ada yang datang dari keluarga B40. Harga untuk satu ujian satu individu boleh mencecah hingga ratusan ringgit. Dengan keadaan sekarang pelbagai sektor ekonomi ditutup hingga membebankan orang ramai tanpa ada bantuan sara diri yang cukup.

Di media sosial sudah mula nampak keluhan orang ramai sejak awal bulan ini. Dikatakan, harga melampaui batas dan tidak dilayan dengan mesra. Harga kalau satu orang sudah mahal, bagaimana pula harga satu keluarga, mestilah lagi banyak untuk dibiayai.

Jika orang ramai mendapati caj yang dikenakan telah melebihi harga siling oleh mana-mana klinik, hospital dan makmal, Menteri Kesihatan meminta orang ramai untuk membuat laporan secara terus kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Kebangsaan (CPRC).

Anda boleh menghubungi mereka untuk membuat laporan melalui beberapa cara seperti berikut:

  1. Hubungi nombor hotline: 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
  2. Hantar mesej WhatsApp: 6013 927 9454 / 6010 969 9435
  3. Hantar emel: [email protected]

Di samping itu, orang ramai turut boleh membuat laporan kepada badan-badan agensi lain seperti berikut —

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

  1. Hubungi nombor hotline: 1-800-886-800
  2. Layari laman webe-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Hantar mesej WhatsApp6019 279 4317

Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

  1. Hubungi nombor hotline: 03 7876 2009
  2. Hantar emel[email protected]

Pusat Aduan Pengguna Negara (NCCC)

  1. Hubungi nombor hotline: 603 7803 6000 / 603 7805 0009

Harga Siling Ujian Covid-19

Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan telah mengumumkan harga siling tetap yang berpatutan untuk ujian Covid-19 bagi memastikan tiada lagi perkara yang akan berlarutan.

Di dalam satu kenyataan beliau berkata harga telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 pada 11 Mei supaya boleh dijadikan sebagai panduan ketika membayar ujian tersebut.

Harga siling ujian COVID-19 yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang tertakluk di bawah Ordinan Darurat adalah seperti berikut :—

  1. Ujian RT-PCR: RM150 (Semenanjung), RM 200 (Sabah & Sarawak).
  2. Ujian RTK-Antigen: RM60 (Semenanjung), RM80 (Sabah & Sarawak).
  3. Ujian RTK-Antibody: RM50 (Semenanjung), RM70 (Sabah & Sarawak).

“Sekiranya harganya lebih dari yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, pihak yang bertanggungjawab harus menjelaskan setiap kos tambahan tersebut,” tegas Datuk Seri Dr Adham Baba semasa taklimat mingguan bersama media semalam.

Sekiranya anda ada mengetahui ahli keluarga, kawan-kawan atau rakan tempat sekerja yang telah membayar ujian COVID-19 melebihi harga siling yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, kongsikan artikel ini supaya mereka mendapat hak yang sepatutnya ketika situasi darurat ini.

Sumber: Verst