"Gua Lepak" - Port Makan Dalam Gua, 'Hidden Gem' Terbaru Di Batu Caves!

FOODIE
March 14, 2023 - 06:00 PM


Kalau sebut tentang Batu Caves, pasti ramai yang hanya mengetahui ianya merupakan lokasi popular setiap kali tibanya perayaan Thaipusam.

Sementara gua, binaan patung gergasi dan tangga warna-warni Batu Caves pula terkenal sebagai tarikan pelancong dari seluruh dunia!

Tetapi masih ramai tidak tahu bahawa kini Batu Caves mempunyai satu lagi tarikan baru atau "hidden gem" yang tersendiri apabila terdapat sebuah 'tempat makan dalam gua' di sana.

Port makan yang dimaksudkan adalah GUA LEPAK Hidden Street DiningTaman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor yang baru sahaja dibuka secara rasmi pada 3 Mac lalu.

Gua Lepak menawarkan pengalaman menjamu selera dalam suasana gua yang sejuk dan santai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kalau korang nak tahu, Gua Lepak adalah sebuah tempat makan yang berkonsepkan jualan gerai-gerai di mana terdapat 15 jumlah gerai kesemuanya yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman serta ada juga gerai shisha untuk yang nak melepak lama.

Walaupun korang makan dalam gua, tetapi jangan risau di Gua Lepak mereka turut menyediakan kemudahan WIFI, kawasan letak kereta percuma, surau dan tandas.

Jadi tunggu apa lagi sebelum tempat ini jadi viral dan kena beratur panjang nak makan nanti, jom datang lepak cepat dengan geng-geng korang!

Gua Lepak dibuka dari pukul 5 petang hingga 1 pagi. 

 

Destination: