Amani Vanilla - Makan Ais Krim Fresh Dari Pokok Vanila Di Pahang

FOODIE
December 23, 2020 - 07:03 PM


Aiskrim merupakan dessert yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Malah ada dalam kalangan kita yang makan aiskrim sebagai snek harian tau. Tapi kebanyakan aiskrim yang kita beli sudah siap dalam paket dan lama disimpan. Kalau korang nak ubah angin dan teringin nak makan aiskrim yang menggunakan bahan fresh, korang boleh pergi ke Amani Vanilla.

Amani Vanilla merupakan sebuah ladang vanila yang terletak di Temerloh, Pahang. Pengurus ladang ini, Mohamad Feisal Mohamad Norawi memberi fokus kepada pokok vanila. Menurutnya, di Malaysia tidak banyak pengeluar vanila di Malaysia berbanding negara lain. Hanya ada beberapa ladang sahaja yang terletak di Sabah, Kedah, dan juga Pahang.

Jadi korang boleh bayangkan tak betapa sedapnya aiskrim vanila yang dibuat di sini? Memang fresh habis dan ianya diperbuat oleh kedai ni sendiri tau. Aiskrim tersebut merupakan gabungan vanila dan gula kabung. Antara tarikan lain di sini adalah Kopi O Vanilla. Memang unik rasa dia. Pengunjung juga boleh bergambar dan mendapatkan maklumat mengenai pokok vanila di sini.

Tetapi sayangnya baru-baru ini Amani Vanilla hanya akan beroperasi secara take away dan COD sahaja kerana mereka ingin menjaga keselamatan pelanggan. Jadi kalau korang ada nak beli dan rasa sendiri aiskrim atau kopi-o mereka, boleh hubungi 017-3890277. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check laman media sosial mereka. Selamat menjamu selera.

Alamat: Lot 2231, Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang

Facebook | Instagram 

Kredit Gambar: @farhanaminn (Twitter)

Destination: