Ayam Goreng Pandan, Resepi Berbuka Yang Lazat & Sangat Beraroma!



Sebut pasal ayam goreng, siapa yang tak suka, kan? Selain rasanya yang rangup dan lazat, ayam goreng juga sedap dimakan bersama nasi atau dipadankan dengan lauk-pauk lain.

Tapi untuk berbuka puasa kali ini, apa kata kita cuba Resepi Ayam Pandan Thai yang memang enak dan juga sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar. Lagi terangkat kalau ia dimakan bersama-sama sos cili Thai!

Jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya yang sangat mudah.

 

Bahan-Bahan

500 gram isi ayam (dipotong kiub)

1 biji bawang merah (dihiris nipis)

1 inci halia (dihiris nipis)

2 ulas bawang putih (dihiris nipis)

2 sudu kecil akar daun ketumbar (dihiris nipis)

2 sudu kecil serbuk biji ketumbar

2 sudu kecil gula perang

2 sudu kecil lada putih

2 sudu kecil sos tiram

2 sudu kecil kicap cair

1 sudu kecil minyak bijan

Daun pandan secukupnya

Minyak untuk menggoreng

Lidi

 

Cara-Cara

1. Bersihkan ayam, buang kulit dan potong dalam kiub besar.

2. Satukan kesemua bahan-bahan lain dan perap bersama ayam selama 30 minit.

3. Gulungkan ayam menggunakan daun pandan dan cucuk gulungan dengan lidi.

4. Goreng ayam yang siap dibalut dalam 6 hingga 8 minit atau sehingga masak. Boleh juga bakar ayam pandan di dalam ketuhar dengan suhu 200'C selama lebih kurang 25 minit.

5. Siap dihidang bersama sos cili Thai untuk juadah berbuka puasa.