Idea Berbuka Puasa! Resipi Nasi Ayam Penyet Dengan Kremes Rangup

FOODIE
May 09, 2019 - 03:39 PM


Idea berbuka puasa! Saya buat nasi ayam penyet dengan kremesnya ( rangup-rangup tabur atas ayam tu) yg sangat rangup.. Alhamdulillah.. Anak-anak cakap sedap gile... 

Resepi Ayam Penyet Pedas bersama Kremes Rangup

Mula-mula kita buat sambal penyet berapi dulu ye..

Resepi Sambal Penyet Pedas Berapi

  • 200gm cili api merah* ( boleh kurangkan cili api , dan lebihkan cili merah kalau tak suka pedas sgt)
  • 3 biji cili merah *
  • 2 biji tomato -dibelah2 kecil*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 3/4 sudu besar belacan*
  • 1/3 cawan ikan bilis yg dah siap goreng( dibuang perut & kepala terlebih dahulu)
  • Garam
  • Gula 
  • Perasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

- Panas kan sedikit minyak dalam kuali.. Goreng semua bahan2 bertanda sekali arung (*)

- Kemudian bila dah 80% layu semuanya angkat dan satu kan dengan ikan bilis goreng & lenyekkan @ tumbukkan dalam lesung.. (Saya guna lesung indon..teknik tenyeh2kan..)

- Bila dah 80% hancur tumis seketika dgn menggunakan kuali & minyak yg sama..

- Kacau2, perasakan dgn garam, gula & aji.. Lepas 5 minit tutup api dan angkat..siap..

Selepas itu boleh laa kita teruskan dgn penyediaan ayam pula..

Untuk Ayam:

Bahan-bahan A:

  • 1 ekor ayam kampung- bersihkan, kerat 4 ( kalau takde ayam kg boleh guna ayam biasa tapi kalau boleh size agak kecil ye)
  • 2 batang serai- ketuk
  • 2 helai daun salam- guna yg kering pun boleh
  • 1 keping hirisan lengkuas- ketuk
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam
  • Ajinomto
  • 1 liter air

Bahan-bahan B (kisar halus):

  • 7 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 5 biji buah keras

Cara-cara:

- Perap ayam dgn bahan2 kisar terlebih dahulu.. Perap dalam 1-2jam.. Selepas cukup masa perapan sediakan periuk yg sesuai dan satukan semua bahan2 A dan bahan2 B dalam periuk tersebut dan rebus ayam hingga ayam masak.. Anggaran masa merebus dalam 20min..

- selepas 20min tutup api.. Angkat ayam dan toskan.. Air rebusannya jgn buang ye.. Tapiskan.. Ketepikan air rebusan, sbb nanti air rebusan ni kita nak guna untuk buat kremes pula..

- Sediakan kuali dgn minyak yg agak banyak.. Panaskan.. Goreng ayam hingga garing.. Angkat ketepikan..

Penyediaan Kremes:

  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 700ml air rebusan ayam yg telah di tapis tadi

*Bahan perasa tak perlu ye sbb air rebusan ayam tadi dah cukup rasa semua..

Cara-cara:

- satukan semua & kacau sebati..

- adunan ini mmg sangat cair..jgn panik pulak ye.. Kalau pekat kremes nya takkan menjadi..

- Panaskan kuali dengan minyak (minyak banyak) bekas gorengan ayam tadi.. Bila minyak dah panas curahkan 1 senduk (senduk kuah ) adunan.. Jgn risau, curah je mcm biasa, tak perlu ada teknik mencurah, sebab mmg adunan automatik akan kelihatan bersarang bila masuk dalam minyak gorengan.. Biarkan je seketika...Tak perlu kacau sehinggalah adunan 3/4 garing baru di kacau supaya garingnya sekata.. Bila dah sekata garing & berwarna keperangan bolehlah diangkat.. Letak dalam penapis gorengan terlebih dahulu supaya minyaknya betul2 tos.. Seterusnya teruskan menggoreng kremes hingga adunan habis..

- Jangan susah hati pulak masa2 mula angkat ianya kelihatan lembut sbb bila dah semakin sejuk kremes ni akan jadi semakin garing & sangat rangup kruk krak.. Hehehe..

- bila dah sejuk boleh laa ramas2kan dan taburkan diatas ayam goreng tadi setelah ayam dipenyetkan..😊

Bahan-bahan pelengkap menu:

  • Nasi putih
  • Terung bakar/goreng 
  • Tempe goreng
  • Tauhu goreng
  • Salad
  • Timun
  • Tomato

Kredit Resepi : Adnilsam Apat