Istana Lemuni - Pengalaman Jamu Selera Hidangan Tradisional Umpama Zaman Melayu Lama
FOODIEJika pada hujung minggu atau anda ingin meraikan hari istimewa bersama insan tersayang dengan menikmati juadah lazat di luar Kuala Lumpur -- anda boleh cuba menjamu selera di Lemuni Cafe @ Istana Lemuni, Janda Baik, Bentong, Pahang!
Hanya 1 jam sahaja pemanduan dari ibu negara, anda boleh sampai ke satu kawasan yang seolah-olah perkampungan bangsawan Melayu zaman dulu kala.
Kemudian, anda bersama yang tersayang berpeluang menjamu selera dengan hidangan tradisional Melayu dan ditemani landskap hijau yang cukup mendamaikan.
Gabungan makanan tradisional, persekitaran antik dan landskap menghijau memang cukup memberikan anda satu pengalaman unik di sini.
Untuk sarapan, mereka mengadakan buffet bermula jam 8 pagi sehingga 11 pagi, setiap Jumaat - Ahad.
Memang best dan tak sama macam buffet di hotel-hotel. Kebanyakan menu di hotel adalah menu barat, tetapi di sini anda boleh menikmati menu kampung yang 'rare' dan susah nak jumpa di tempat lain.
Caj dikenakan adalah RM 30 dewasa, RM 20 kanak-kanak. Tempahan perlu dilakukan, tiada 'walk-in' diterima.
Antara menu sarapan pagi istimewa mereka adalah Nasi Lemak Lemuni, ketupat palas dan rendang, pulut, kelapa dan ikan kering, murtabak Terengganu, Apam beras, karipap ikan, ubi dan keledek rebus serta banyak lagi.
Manakala untuk makan tengahari pula, anda boleh pilih mengikut selera anda. Tempahan juga ya.
Kafe ini hanya dibuka Jumaat sehingga Ahad sahaja.
Untuk ke sini, dari Lebuhraya Karak sila gunakan exit ke 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 pandu terus menuju ke Janda Baik dan Istana Lemuni.
LEMUNI CAFE @ ISTANA LEMUNI
Alamat: Lot 9756, Kg Chemperoh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Tempahan: 019-853 6022 / 010-271 4294 / 014-393 4348