Nasi Dagang Pak Malau Antara Port Sarapan Pagi Menarik di Pulau Langkawi
FOODIEDatang ke Langkawi tapi tak tahu nak breakfast di mana? Jom kita pergi ke restoran ini supaya sarapan pagi anda akan menjadi lebih menyelerakan.
Para penggemar nasi dagang, anda mesti sudah pasti kenal dengan tempat ini. Untuk mereka yang belum tahu, kedai yang dimaksudkan itu adalah Nasi Dagang Pak Malau. Apa yang istimewa di kedai ini?
Nasi dagang di sini merupakan nasi dagang yang asli dan ia sangat sedap. Jika anda makan nasinya sahaja pun, anda dapat merasai kesedapannya. Apatah lagi kalau makan dengan lauknya kan?
Nasi dagang ini dilengkapi dengan pelbagai pilihan lauk. Antara pilihan lauk yang ada adalah kambing kurma, ikan/ayam gulai, daging kerutup dan akhir sekali ayam goreng berempah. Semua masakan gulainya sangat ‘padu’ dan yang paling penting, ia sememangnya sedap.
Sayur acar juga akan dihidangkan bersama dengan nasi dagang. Jadi ‘meal’ anda akan mempunyai pilihan lauk dan juga sayur.
Yang lagi bestnya, sambil makan tu kita dapat melihat pemandangan yang sangat indah dan cantik. Tak percaya? Kena pergi dan cuba sendiri baru anda akan tahu.
Tambahan lagi, di sini juga anda dihidangkan dengan aneka pilihan kuih-muih. Selain dari itu, pililhan pencuci mulut yang lain juga turut terdapat di sini seperti kek batik, brownies dan pelbagai lagi.
Hiasan dalaman serta luaran kedai ini sangat menarik yang bakal membawa anda kembali ke zaman dahulu. Tambahan pula dengan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan sawah padi. Mesti anda akan terpesona dengan keindahan suasana di situ.
Waktu operasinya pula bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang. Hari Isnin merupakan hari tidak beroperasi mereka.
Nasi Dagang Pak Malau ini terletak di Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, Langkawi. Ataupun anda boleh terus waze ‘Nasi Dagang Pak Malau’ untuk panduan yang lebih mudah.
Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh layari facebook kedai ini iaitu facebook Nasi Dagang Pak Malau. Jangan lupa singgah di sini tau jika anda datang ke Langkawi! Lagi satu kedai ini dekat sahaja, cuma 20 minit dari pekan Kuah.