Ramai Suka Makan Mi Segera, Tapi Tak Ramai Tahu Pasal Mi Ini!

February 22, 2018 - 05:38 PM


Tidak kira apa peringkat umur dan pekerjaan korang, sudah tentu kalau dah bosan atau confuse nak makan apa, kita akan pilih mi segera. Tak kiralah ianya digoreng mahupun berkuah.

Disebabkan proses penyediaannya yang ringkas dan mudah, mi segera boleh dikatakan makanan harian untuk para student selain juga makanan yang dipilih ketika hujung-hujung bulan.

Namun, terlalu kerap mi segera dilabel sebagai makanan yang tidak sihat oleh kerana pelbagai bahan pengawet dan pelbagai lagi ramuan. Tapi, jangan bimbang. Kitorang nak perkenalkan satu jenama mi segera yang 100 peratus menggunakan bahan semulajadi yang pertama di Malaysia.

Youmee merupakan satu jenama yang jarang kita dengar tetapi produk yang dikeluarkan oleh mereka boleh dikatakan pilihan yang lebih baik daripada jenama yang lain. Ini disebabkan semua produk keluaran Youmee adalah 100% semulajadi.

Tiada MSG, tiada pengawet tambahan, tiada pewarna tambahan dan ia merupakan produk yang pada kami boleh dijadikan makanan harian tanpa perlu risau akan sebarang kesan sampingan dan semestinya mampunyai cop HALAL JAKIM.

Selain itu, jika anda perhatikan kandungan yang digunakan untuk membuat mi segera Youmee adalah lain-daripada yang lain. Dengan hanya menggunakan tepung gandum yang berprotin tinggi, garam dan air yang ditapis. Selain menggunakan teknik masakan seperti ramen, mi mereka tidak digoreng tetapi dikeringkan.

Disebabkan ianya belum digoreng, setiap produk Youmee perlu dimasak menggunakan air panas terlebih dahulu dan semestinya tiada kolestrol. Anda boleh memilih daripada perisa Green Curry Noodle, Sambal Cili Fried Noodle dan Penang Prawn Noodle.

 

Selain itu, Youmee ni juga ada keluarkan mi kosong jika anda ingin menggunakannya dalam masakan anda. Kalau nak cuba, korang boleh dapatkan Youmee ni di Aeon Supermarket, Ben's Independent Grocer dan Hero Market.

ataupun, beli je ONLINE di laman web dibawah : 

 

 

Untuk maklumat lanjut tentang kat mana nak dapatkan Youmee ni, korang boleh ke Facebook mereka :

dan ini adalah laman web mereka  : Youmee

Kalau nak dapatkan lebih lagi idea macam mana nak masak Youmee ni, boleh ke Instagram Youmee : Youmee_Noodles

 

p/s: Kami dah cuba produk mereka ni, memang tak rasa macam mi segera…