Top 10 Juadah Paling Terkenal Di Bazar Ramadan Setiap Tahun
FOODIESetiap tahun antara yang paling ditunggu-tunggukan bila ramadan tiba adalah aktiviti berkunjung ke bazar ramadan, terutama sekali tahun ini sebab tahun lepas kan kita tak dapat nak ke bazar disebabkan PKP tahun lepas yang tidak membenarkan bazar ramadan untuk beroperasi.
Ada sesetengah orang pula suka pergi ke bazar yang berbeza setiap hari hanya untuk merasai suasana yang berbeza di setiap bazar. Pengunjung bazar ebiasaanya mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain untuk dicuba.
Mereka yang berkerja turut boleh mengurangkan keletihan bergegas pulang ke rumah untuk memasak, sebaliknya hanya membeli lauk pauk ataupun makanan berbuka untuk keluarga.
Walaupun bazar ramadan dipenuhi dengan seribu satu juadah, tetapi ada 10 juadah yang menjadi kegilaan ramai dari dulu hingga kini. Ini dia Top 10 juadah paling terkenal di bazar ramadan:
#10 Nasi Tomato
Memang tak sah kalau tak pekena nasi tomato pada bulan ramadan. Nasi tomato ni satu menu yang lengkap yang menjadi pilihan ramai terutama sekali mereka yang bujang. Nasi tomato dihidangkan dengan ayam masak merah, dan acar, memang sedap.
#9 Ikan Bakar
Ikan bakar adalah antara makanan seafood yang menjadi pilihan pada bulan ramadan untuk dipadankan dengan nasi putih, peh! Dihidangkan dengan air asam atau pun sos pencicah, nak makan macam itu saja pun boleh! Antara ikan bakar yang paling laris adalah terubok, pari, sembilang, keli, kembong, siakap dan cencaru.
#8 Air Tebu
Air tebu ni memang tak payah cerita panjang, kita semua tahu yang kalau ada gerai air tebu di bazar ramadan, sudah tentu akan ada barisan panjang yang beratur untuk dapatkan air tebu tersebut. Air tebu sangat menyegarkan untuk diminum ketika berbuka, selain boleh mengembalikan tenaga setelah keletihan berpuasa.
#7 Tepung Pelita
Tepung Pelita adalah antara kuih muih yang paling dicari-cari ketika berada di bazar Ramadan. Kuih yang lembut dan cair dalam mulut ini merupakan pencuci mulut paling digemari sepanjang Ramadan. Tepung Pelita dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.
#6 Sate
Sate ni kadang-kadang dari jauh pun dah boleh bau asap dan bau sate yang membuatkan ramai terliur berjalan di bazar ramadan ketika berpuasa. Sate dihidangkan dengan kuah kacang, timun dan bawang, sesuai untuk dijadikan pembuka selera ketika berbuka puasa.
#5 Popiah Basah
Popiah basah memang jarang sekali kalau gerainya orang tak beratur. Popiah basah sangat digemari ramai kerana rasanya yang pedas, lembut diluar, tetapi sayuran di dalam yang memberikan kerangupan. Sedap gila, popiah basah ni sebenarnya min punya personal favourite.
#4 Kebab
Kebab juga adalah juadah berbuka yang sedap, dan lain daripada yang lain. Lapisan daging empuk yang dipanggang selapis demi selapis, diapit dengan roti pita lembut, di tambah dengan sos cili, mayonis dan sayuran seperti salad, sangat lengkap, sesuai dijadikan juadah utama bagi ramai yang mencari alternatif lain daripada nasi.
#3 Ayam percik
Kalau masuk bazar, nampak asap berkepul-kepul, dan ramai orang beratur tu, mesti ayam percik! Ayam percik adalah antara lauk dengan aroma yang sangat sedap dan kuah yang lazat dan pekat. Kalau orang mencari lauk lepastu nampak ayam percik ni, mungkin tak cari lauk lain dah. Hehehe
#2 Murtabak
Murtabak daging atau ayam sangat terkenal pada bulan Ramadan. Juadah yang dinikmati dengan kuah bawang cuka, atau kuah kari itu selalunya dijadikan makanan sampingan. Malah, murtabak zaman sekarang dah diberikan banyak rasa tambahan, contohnya tambah cheese di dalam. Peh, meleleh! Korang kena cuba.
#1 Roti John
Walaupun ramai yang dah cuba buat roti john dirumah, juadah ini tetap menjadi kegemaran ramai dibulan puasa sampai mereka sanggup beratur panjang di bazar ramadan untuk mendapatkan roti john. Roti john di bazar romadan boleh didapati dalam saiz yang lebih panjang, dan pelbagai perasa dan antara yang menarik adalah roti john ayam special yang ditekap dengan cheese. Fuh!
Sumber: Buzzkini