Urban Daybreak - Orang Sanggup Queue 30 Minit Untuk Makan Dekat Sini!

FOODIE
February 26, 2021 - 09:26 PM


Kita semua tahu kalau orang sanggup beratur nak makan dekat restoran tertentu, of course makanan kat situ sedap kan? Kafe Urban Daybreak dekat Bangsar ini ada orang kata beratur sampai 30 minit pon sanggup, so kita boleh agak memang makanan dekat sini sedap. 

Menu dekat Urban Daybreak ini sangat straight forward dan harga memang standard harga kafe-kafe lain. So, apa yang menjadi kegemaran dekat Urban Daybreak ini?

Untuk minuman, Cafe Latte (RM12) dan Honey Latte (RM15) kat sini memang best. Katanya, rasa kopi dekat sini well-balanced.  

Untuk makanan, antara menu yang mereka recommend ialah Avocado Smash (RM25), Signature French Toast (RM24), dan paling menarik ada satu hidangan yang takde dalam menu yang korang boleh request daripada pelayan dekat kafe ini iaitu Steak Sandwich (RM35), dan korang kena request untuk steak-nya di masak medium rare. 

 

So makanan dan minuman dalam menu yang ini yang ramai orang suka, tapi korang patut try makanan lain juga sebab ramai yang bagi feedback yang tempat ni memang worth it! Sebab itu orang boleh tunggu sampai 30 minit hanya untuk makan dekat sini. 

Kalau korang berminat, nanti korang check it out! Okay? 

  • Urban Daybreak 
  • 11, Jalan Telawi 5, Bangsar, 59100, Kuala Lumpur. 
  • Waktu operasi: 8:00am - 7:30pm, setiap hari. 

Sumber: Taufulou 

Destination: