Menangi Percutian Ke Thailand Dan Banyak Lagi Promosi Hebat Sempena 12.12

December 06, 2019 - 09:30 AM


Seperti kebiasaan, tarikh 12 Disember atau 12.12 merupakan tarikh yang ditunggu – tunggu oleh orang ramai. Mana tidaknya, biasanya pada 12.12 kebanyakan syarikat akan membuat pelbagai promosi untuk menambat hati para pembeli.

Untuk 12.12 tahun ini, apa yang menarik adalah anda berpeluang untuk menangi percutian secara percuma ke Bangkok, Thailand! Jika berjaya, bolehlah anda melawat tempat – tempat menarik di Bangkok seperti Khaosan Road, Grand Palace dan lain – lain.

Jadi macam mana nak menangi percutian ke Bangkok ini?

Sempena 12.12 nanti, ada macam – macam promosi akan diadakan. Pastikan korang beri perhatian dekat promosi yang akan diadakan oleh Senheng. Sempena 12.12 nanti, Senheng bukan sahaja adakan promosi untuk pembelian online tetapi ada juga promosi di kedai – kedai fizikal mereka.

Pelbagai barangan berjenama akan ditawarkan pada harga promosi, antara yang boleh kalau nak disebutkan adalah daripada Samsung, Panasonic, Philips, Microsoft, Apple, Sharp dan juga SONY. Jenama – jenama ini akan berikan potongan sehingga 60% keatas produk – produk mereka di Senheng.
 

Sebagai contoh; ada TV 50-Inci 4K UltraHD Haier dijual pada harga RM1,149 ataupun smart TV 58-inci dari Toshiba dengan harga RM3,599.

Mesin basuh dengan muatan 10kg dari hadapan daripada Haier ini turut dijual pada harga promosi iaitu RM1,699 daripada harga asalnya iaitu RM3,395.

Lain pada tu, anda boleh tengok gambar – gambar barangan pilihan dibawah ye :

  • Untuk kemudahan para pelanggan, Senheng juga ada menyediakan EZ Credit Rebate sehingga 40% atau pengguna kad kredit Citi Bank, layak mendapat bayaran bulan percuma sekiranya menggunakan ansuran 12 atau 24 bulan dengan kadar faedah 0%.
  • Jika anda menggunakan kad kredit HSBC pula, boleh menerima faedah 0% EPP sehingga 36 bulan dan menerima rebat sebanyak RM200 dengan pembelian minimum RM2000 untuk bayaran ansuran 12 atau 24 bulan.

  • Selain itu, pengguna e-wallet Boost bakal menerima rebat terus sebanyak RM20 bagi setiap pembelian minima RM300 *ini hanya untuk 300 transaksi terawal sahaja. Jadi kalau anda mahukan rebat ini, kena jadi pelanggan terawal lah.
  • Jika anda berbelanja RM2000 untuk pembelian di website, Senheng akan memberikan voucher sehinga RM100 manakala pembelian di kedai fizikal dengan jumlah yang sama bakal menerima hadiah misteri.

Menang Percutian Ke Bangkok dan iPhone 11 Pro

Untuk pelanggan yang menggunakan AEON Credit, setiap permohonan yang berjaya berpeluang untuk memenangi iPhone 11 Pro (10 pemenang).

Untuk ahli PlusOne, anda akan menikmati waranti extra selama 1 tahun.

Penghantaran adalah PERCUMA untuk pembelian / pesanan RM100 ke atas. 

Sempena promosi yang dijalankan ini, Senheng ada menawarkan pembayaran deposit RM100 keatas pembelian mana - mana produk dan baki boleh dibayar di kedai sebelum mengambil barang. Selain itu, terdapat juga ansuran mudah daripada 11 buah bank utama di Malaysia dengan tawaran 0% faedah dan ansuran bulanan selama 36 bulan. 

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat kesemua promosi yang dinyatakan boleh ke laman web Senheng di www.senheng.com