Tanggung Kerugian Besar, Mcdonald's Salahkan Israel

TERKINI
February 07, 2024 - 01:15 PM


Salah satu rangkaian makanan segera terbesar di dunia, McDonald’s gagal mencapai sasaran jualan untuk suku keempat 2023. Semuanya berpunca dari gerakan boikot, kerana majoriti besar pengguna berpendapat Mcdonald's menyokong tindakan rejim Israel.

Ini adalah kegagalan pertama kali dalam sejarah McDonald’s dalam mencapai sasaran jualannya dalam masa hampir empat tahun berikutan perkembangan lemah dalam divisyen perniagaan antarabangsa.

Menurut syarikat tersebut, perang Israel-Gaza memberi kesan besar kepada prestasinya di beberapa pasaran luar negara pada suku keempat 2023.

Di sebilangan cawangan McDonald’s termasuk Asia Barat, China dan India, pertumbuhan jualan berada pada angka 0.7 peratus sepanjang tempoh berkenaan, jauh di bawah sasaran yang ditetapkan.

(Gambar yang dikhabarkan seorang anggota IDF sedang menikmati Mcdonald's ketika menyerang)

Jualan global keseluruhan pula meningkat kurang daripada empat peratus bagi tempoh sama, merosot daripada 8.8 peratus yang direkodkan pada suku sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski berkata, perniagaannya di Malaysia, Indonesia dan Perancis turut terjejas dengan impak terbesar dicatatkan di rantau Asia Barat.

Menurut McDonald’s, kempen boikot tersebut berpunca daripada tanggapan salah terhadap francais berkenaan

“Selagi perang ini (Israel-Gaza) berterusan, kami tidak menjangkakan sebarang pemulihan signifikan bagi pasaran-pasaran tersebut,” ujarnya.

Destination: