Planner 10 Tahun, Khas Untuk Anda Yang Suka Buat Perancangan Awal

GAYA HIDUP
January 22, 2019 - 03:48 PM


Kebiasaannya, setiap tahun semua kedai-kedai buku akan mula menjual planner. Planner pulak ada yang pelbagai saiz dan jenis. Ada yang dalam bentuk bulanan, mingguan, harian dan sebagainya.

Selalunya, perancangan dalam masa setahun, memang cukup dan muat dalam satu planner. Tapi, kalau tak cukup, ini ha, ada planner untuk 10 tahun terus!

Decade Planner, saiz yang agak besar dan memuatkan 10 tahun dalam satu helaian. Jadi tak payah pening-pening lagi, dan korang dah boleh buat perancangan untuk 10 tahun akan datang.

Dikeluarkan oleh Workhow, kalendar ini saiznya 6 kaki tinggi dan 4 kaki lebar. Gulungan kertas tebal dipasang pada bagaian ‘body’ diperbuat daripada aluminium untuk ia bertahan sehingga 10 tahun.

Kalau nak ikutkan, dari segi ‘layout’, memang mudah untuk difahami dan jelas kalau dah mula letakkan planning. Setiap tahun dibahagikan kepada 12 barisan 30 hari. Maksudnya, satu bulan bersamaan dengan satu barisan.

Kalendar ini boleh di pusingkan supaya ia menunjukkan 2 tahun sahaja, tetapi korang boleh jugak nak lepaskan semua gulungan setinggi 71 inci ni untuk menampakkan keseluruhan 10 tahun tersebut. Dengan harga USD 199 (RM 830), planner sedekad ini memang bersesuaian sangat dekat pejabat ataupun dirumah.

Fuh, sampai tahun 2029 tu dah ada perancangan. Memang power!