Hotel Dengan Rating Terbaik Di Koh Lipe – Harga Di Bawah RM200 Satu Malam
Sebelum ini, geng editorial Rileklah ada kongsi berkenaan Koh Lipe. Nak kata ‘ultimate guide’ tu bukanlah, sebab kami hanya kongsikan cara nak ke Koh Lipe atau maklumat penting yang korang kena tahu sebelum ke sana.
Kalau korang perasan, ada juga perkongsian aktiviti menarik di Koh Lipe dan juga restoran halal di Koh Lipe. Selain restoran halal dan juga aktiviti menarik, biasanya apa yang orang risaukan semasa atau sebelum travel adalah penginapan.
Macam tak berbaloi kalau bayar mahal-mahal, realitinya menghampakan. Untuk itu, kami kumpulkan 5 hotel dengan review terbaik di Koh Lipe. Hotel di Koh Lipe yang kami pilih ini mendapat rating 4.0 daripada 5 oleh traveller dan berpandukan review di TripAdvisor.
Oh, kami sengaja pilih hotel yang berharga bawah RM200 di Koh Lipe ye untuk dimasukkan ke dalam senarai ini.
Jadi, hotel yang ada dalam senarai ini menepati kriteria :
- Review 4.0 ke atas
- Harga bawah RM200 / malam
- Ikut rate hari Jumaat hingga Ahad.
#1. Castaway Resort Koh Lipe – RM196
Terletak di Sunrise Beach, resort ini memang didirikan menghadap ke laut. Cuma, unit yang betul-betul ada sea view harganya agak mahal. Ada beberapa jenis banglo yang disediakan, yang membezakan harga adalah size dan pemandangan sahaja.
Di sini, konsepnya adalah unit bungalow kayu dan dikelilingi hutan-hutan sikit. Pantai kira-kira 10 meter sahaja dari unit penginapan.
Alamat : 278 Moo 2 | Sunrise Beach, Ko Lipe 91000, Thailand
#2. Ricci House Resort Koh Lipe – RM190
Masih di Sunrise Beach, jarak resort ini ke pantai dalam 500 meter. Kalau nakkan privasi sikit, korang menginaplah disini.
Alamat : Moo 7 | Koh Sarai District, Ko Lipe 91000, Thailand
#3. Oasis Lipe Resort – RM173
Dekat Oasis Lipe ni korang akan dilayan bak family sebab ianya kepunyaan keluarga dan dengar cerita diorang ada bot untuk korang sewa atau pusing-pusing sekitar kepulauan kecil yang ada di sekitar Koh Lipe tu.
Jarak untuk ke pantai dalam 200 meter sahaja.
Alamat : 406 Moo 7 | Koh Sarai Subdistrict, Ko Lipe
#4. Green View Beach Resort – RM 85
Selain Castaway resort tadi, Green View adalah salah satu yang berada betul-betul di tepi pantai. Rekaan unit penginapan diorang adalah banglo tradisional Thai yang menggunakan buluh.
Boleh kata eco-friendly jugak tempat ni, tapi jangan risau toilet dia semua lengkap. Gambar ni adalah unit banglo yang mahal sikit, iaitu RM102 untuk satu malam.
Alamat : 80 Moo 7, Ko Lipe, Thailand
Korang boleh rujuk senarai hotel di Koh Lipe dekat sini.
Photo Credit | TripAdvisor | Agoda | HotelsCombined
KOH LIPE, SYURGA MAKANAN HALAL THAILAND
KOH LIPE - THE MALDIVES OF THAILAND