Tempoh Perjalanan Jakarta-Bandung Hanya 45 Minit Dengan Kereta Api Laju
TERKINIBagi korang yang suka bercuti ke Indonesia, Jakarta dan Bandung mesti jadi 2 destinasi yang wajib dilawati, kan?
Mana taknya, Jakarta sememangnya terkenal di kalangan pelancong sebagai kota metropolitan manakala Bandung sudah semestinya popular sebagai kota wisata.
Jadi memang rugi kalau korang tak pergi 2 tempat pelancongan tu sekaligus. Dah alang-alang, kan?
Kalau sekarang korang nak travel ke dua-dua bandar itu, jika menaiki kereta akan mengambil masa sehingga 5 jam lamanya disebabkan keadaan trafik yang selalu sesak atau 'macet' dan jika menggunakan kereta api memakan masa hingga 3 jam.
Tetapi korang tahu tak menjelang tahun 2021, tempoh perjalanan antara dua bandar ini hanya memerlukan masa sekitar 45 minit sahaja!
Ini kerana Jakarta dan Bandung akan dihubungkan dengan 'high speed rail' atau kereta api laju seperti Shinkansen di Jepun.
Kereta api laju pertama yang beroperasi di Asia Tenggara itu bakal mempunyai landasan sepanjang 142.3 kilometer dengan kelajuan mencecah sehingga 350 km/jam. Wahhh...laju giler!
Jadi lepas ni, makin ramailah golongan wanita yang 'heaven' shopping sakan dari Jakarta sampai ke Bandung! Hahaha....
Tambang untuk kereta api laju itu dianggarkan sebanyak 250,000 Rupiah atau sekitar RM70.12 untuk perjalanan sehala.