LVMH, Syarikat Induk Louis Vuitton Ubah Suai Kilang Pewangi Untuk Keluarkan Sanitizer Pecuma
GAYA HIDUPMenurut laporan Financial Times, LVMH, syarikat induk jenama mewah terkemuka dunia seperti Louis Vuittton, Dior, Givenchy dan banyak lagi ini telah mengubah suai kilang pengeluaran dan pembuatan pewangi milik mereka dan kini mengeluarkan hand sanitizer.
Setakat minggu lalu, dikhabarkan LVMH sedia mengedarkan sekitar 12 tan metric cecair pembersih tangan tersebut secara percuma kepada 39 buah hospital awam di Perancis.
Keputusan untuk menghasilkan sanitizer ini juga dibuat oleh syarikat tersebut dengan sangat pantas, tidak sampai sehari selepas mereka membuat cadangan kepada pihak berkuasa. Lebih memburukkan keadaan, Paris pada ketika ini turut dilanda kekurangan gel sanitizer dan sudah ada yang menjual semula sanitizer pada harga yang lebih tinggi.
Menurut kenyataan dari LVMH, syarikat itu akan menggunakan semua kemudahan mereka di Perancis yang sebelum ini dikhaskan untuk pengeluaran wangian dan kosmetik untuk membuat gel pembasmi kuman bermula pada hari Isnin, 16 Mac. Lebih tepat, ia akan menggunakan kemudahan di mana pewangi untuk Dior, Guerlain, dan Givenchy dibuat.
Difahamkan, buat masa sekarang, syarikat itu hanya membekalkan sanitizer tangannya kepada pegawai kesihatan di Perancis buat masa ini. Wakil LVMH enggan mengulas lanjut tentang kemungkinan mengeksport cecait berkenaan keluar negara.
Menurut pencarian kami di media sosial dan Google, kami hanya temui beberapa buah gambar end-product LVMH ini; ini dia...