Pemandangan Menakjubkan Dari Skybridge KLCC, Murah Pulak Tu Tiket Sekarang
Kalau korang duduk Malaysia tapi tak tahu apa itu Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), memang dah boleh pergi masuk sekolah balik kot. KLCC juga dikenali sebagai Menara Berkembar Petronas dan ianya merupakan bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2004.
Dan Skybridge yang menghubungkan kedua menara KLCC menjadi salah satu tarikan utama buat pelancong dari dalam dan juga luar negara. Skybridge terletak di tingkat 41 dan 42. Hanya Staf dan tetamu VIP sahaja yang dibenarkan di tingkat 42. Manakala rakyat marhaen macam kita ni boleh melawat di tingkat 41.
Oh ya, korang juga hanya boleh berada di Skybridge ni selama 15 minit je, lepas tu korang akan dibawa naik ke tingkat 86 pula. Min suggest korang pergi waktu siang la nak naik Skybridge tu sebab waktu malam cermin dia ada berkabus sikit. Yelah tinggi kan, sejuk pulak tu malam-malam.
Di tingkat 86 ni lagi best weh, pemandangan dia jauh lagi cantik dan boleh teropong ke bawah guna teleskop yang ada. Orang tengah jalan kaki, tunggu bas semua boleh nampak tau. Ada juga ruang pameran di sini, dan banyak juga replika yang menarik untuk pelancong. Dan korang hanya ada masa 15-20 minit je kat sini.
Dengar macam seronok kan? Rasa nak pergi? Jangan tunggu lagi, sekarang ni Skybridge tengah ada promosi tau. Murah la jugak untuk korang merasai kemegahan bangunan KLCC ni dan pemandangan dia dekat atas memang sangat berbaloi. Macam mana nak beli tiket? Boleh tengok peta bawah ni okay.
Have fun dekat atas tu. Bawak la parents, pasangan, atau family korang naik ke sini. Bukan selalu nak dapat murah macam ni. Enjoy!