Hukum Dan Cara Kebumikan Kucing Yang Telah Mati Menurut Islam

GAYA HIDUP
May 18, 2022 - 05:48 PM


Sepanjang hidup ini, tak pernah terfikir untuk membela kucing sebagai haiwan peliharaan. Salah satu sebab adalah kerana risau akan menyakiti makhluk kesayangan Nabi kita. Namun di sebabkan PKP yang lepas bermula dari seekor kucing, kini telah menjadi 8 ekor yang setia menemani dan menyambut kepulangan setiap kali balik dari kerja. 

Kehadiran mereka sedikitpun tidak pernah menyusahkan. Malah mereka sentiasa berjaya menceriakan hidup dikala sunyi. Bagi mereka pencinta kucing, kucing sudah di ibaratkan sebagai anak sendiri. Sakit demam mereka membuatkan kita tidak senang duduk. Sebolehnya akan cuba juga merawatnya sehingga sembuh.

Tiada siapa mahu sesuatu terjadi ke atas kucing kesayangan mereka. Cuma kadang-kadang ianya tetap terjadi sekelip mata. Kebiasaanya kucing apabila dia sakit, dia akan pergi jauh dari tempat tuannya. Sebab orang kata kucing ni dia tak nak tuan dia sedih melihat jasadnya yang sudah tidak bernyawa. 

Kucing juga mampu untuk mengesan jika tuannya dalaam keadaan kesedihan. Jika begitu dalamnya rasa sayang kucing terhandap tuannya apatah lagi bagi kita ini yang membelanya dari kecil sampai besar dan ianya pergi di depan mata.

Sudah menjadi adat mereka yang bernyawa. Pasti bila tiba saatnya akan pergi menghadap Ilahi. 

18 Mei 2022

Hukum Dan Cara Kebumikan Kuncing Yang Telah Mati Menurut Islam

Menurut sumber dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menanam bangkai haiwan seperti kucing, anjing dan sebagainya adalah wajib jika mengganggu manusia atau boleh memudaratkan kehidupan sekeliling namun tidak wajib jika tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan lain.

Tapi kalau haiwan peliharaan kita mati, mesti tak sampai hati untuk biarkan sahaja atau buang di merata tempat. Jadi, cara paling selamat adalah tanam bangkai kucing atau anjing. Lima cara tanam bangkai haiwan supaya tidak terbiar, berbau atau dimakan oleh haiwan lain.

Lokasi

Kalau haiwan peliharaan anda mati, tanam saja di kawasan rumah. Tak kisah depan atau belakang rumah. Cuma pastikan ia tidak berbau dan tidak mengganggu kejiranan. Jika ada haiwan yang mati dilanggar, seeloknya tanam di kawasan berdekatan kejadian.

Tanam Dalam Lubang

Buat lubang atau ‘kubur’ kucing. Ukuran lubang sebaiknya dua kali panjang kucing dan sedalam 30cm. Lebih dalam, lebih bagus supaya mengelakkan bau atau dikesan oleh haiwan lain dan digali. Kelebaran lubang bergantung pada saiz kucing atau haiwan peliharaan anda. Pastikan lubang kering.

Alas 

Alaskan haiwan peliharaan anda dengan daun segar. Lebih baik jika daun yang besar dan lebar seperti daun pisang. Dengan berlapikkan daun segar, ia membantu mengurangkan bau bangkai haiwan tersebut.

Tutup Lubang

Selesai masukkan kucing, kambuskan tanah dalam lubang sehingga padat. Banyakkan tanah supaya tidak digali oleh haiwan lain.