Akhirnya, Tiada Lagi Penjarakan Fizikal Di Masjid, Surau Wilayah Persekutuan

TERKINI
March 17, 2022 - 03:07 PM


Mulai 1 April ini, tiada lagi penjarakan fizikal untuk solat berjemaah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dan jemaah boleh merapatkan saf.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail, jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.

Selain itu, kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur kepada individu yang telah menerima vaksin COVID-19.

Masjid dan surau juga dibenar mengerjakan solat sunat terawih 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan, begitu juga aktiviti qiyamullail selepas tengah malam.

Namun, aktiviti penyediaan makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Ajib, mulai tarikh itu juga, JAWI membenarkan aktiviti tadarus Al-Quran di masjid dan surau yang dihadiri kumpulan-kumpulan kecil, pada mana-mana waktu yang bersesuaian.

 

Destination: