Akibat Disihir, Chef Ammar Terpaksa Tutup Bazar Di Cawangan USJ 4?

TERKINI
April 18, 2022 - 04:07 PM


Dugaan demi dugaan yang Chef Ammar lalui, daripada harga makanan dikutuk, kemudian ditegur pelanggan dan kini dikatakan sumber rezeki di bulan Ramadan ini terjejas apabila Chef Ammar mengumumkan bahawa salah satu cawangan bazar di USJ 4, Subang Jaya kini telah ditutup.

Katanya menerusi  TikTok Live, Chef Ammar menjelaskan bahawa cawangan perniagaannya yang di USJ 4, merundum sampaikan anaknya yang selama ini bersemangat tinggi untuk berniaga berubah seolah-olah lemah dan malas.

Chef Ammar terpaksa memohon bantuan dari seorang ustaz dan menjelaskan masalahnya dan dia dimaklumkan bahawa kedainya telah disihir, jadi untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk terjadi, dia bertindak menutup bazar USJ4 itu.

Istighfar dibuatnya, dalam bulan Ramadan yang mulia ni pun ada yang tergamak buat perkara terkutuk ni. Moga dipermudahkan segala urusan Chef Ammar. Nanti korang jugak yang kempunan nak makan lamb shank!

Destination: