
"Bangjat Kembali Mengganas," - PU Amin Gesa Boikot Sajat
Tindakan usahawan kosmetik kontroversi Sajat yang semakin kerap menayang 'aset' di laman sosia turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin.
Menerusi Instagramnya, PU Amin meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan perbuatan tidak senonoh Nur Sajat Kamaruzzaman.
Kecewa kerana masih tidak berubah dan semakin menjadi-jadi, beliau menyeru orang ramai supaya memboikot Sajat.
"Kecam, ugut, ancam semua aku dapat dulu sebab tegur benda macam ni, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan aku, maka aku minta netizen dan seluruh pengguna media sosial boikot dan buat laporan terhadap IG bangjat," tulisnya.
Malah, PU Amin terus mengecam tindakan Sajat yang sering meminta maaf konon tiada niat mengguris hati manamana pihak terutama umat Islam.
Dalam hantaran terbarunya, PU Amin berharap semua orang tidak berhenti berdoa agar Sajat dilembutkan hatinya. CARI