Buah Tangan Khas JDT, Menampilkan Joe Flizzow Dan Gergasi Dunia Hip-Hop Snoop Dogg!
TERKINIDiinspirasikan oleh cita-cita kelab untuk meletakkan penanda aras dalam kancah bola sepak, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah melancarkan video muzik eksklusif artis antarabangsa terkenal Snoop Dogg bertajuk 'Pioneers'
JDT telah menjadi peneraju di dalam dan luar padang bola sepak Malaysia sejak kelab ini ditubuhkan pada 2013, sekaligus sinonim dengan istilah 'Pioneers'.
Kejayaan yang dilakar di atas padang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Lapan kejuaraan Liga Super Malaysia berturut-turut berbanding rekod terbaik sebelum ini hanya dua kejuaraan liga berturut-turut, Piala AFC pertama untuk Asia Timur pada 2015, 19 trofi dalam 9 tahun dan pelbagai lagi rekod domestik.
JDT juga menetapkan piawaian dari segi fasiliti, menjadi kelab pertama yang menunjukkan minat yang serius untuk memiliki ekosistem bola sepak yang sepatutnya — daripada Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih dan Pusat Latihan JDT bertaraf dunia hingga kepada Akademi JDT sepenuh masa yang serba lengkap. JDT juga sedang membina sebuah pusat latihan 'one-stop' baharu yang akan meningkatkan lagi kedudukan kelab.
Kemegahan Harimau Selatan juga telah berkembang dengan pesat selain dari kejayaan dalam padang dengan menjadi antara jenama sukan yang paling dikenali di rantau ini. Di samping menarik rakan kongsi antarabangsa utama dan kerjasama dengan kelab ternama seperti Juventus, Valencia dan Borussia Dortmund, kelab ini juga tampil di World Football Summit apabila pemilik DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hadir sebagai penceramah jemputan. Luaskan Kuasamu Johor
Sumber: Facebook