COVID-19: Selepas 4 Kematian, Thailand Isytihar Darurat Sehingga 30 April

TERKINI
March 26, 2020 - 05:16 PM


Berkuatkuasa hari ini (26 Mac) sehingga 30 April nanti, Thailand telah diisytiharkan perintah DARURAT!

Tindakan tersebut diputuskan dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 selepas negara jiran itu mencatat sejumlah 934 kes dengan 4 kematian setakat ini.

Dengan pengisytiharan berkenaan, semua warga asing dilarang memasuki negara itu dari semua pintu masuk dengan pengecualian kepada diplomat, warga asing yang memiliki permit kerja dan mereka dalam sektor pengangkutan.

Manakala rakyat Thailand dengan permit kedutaan dan sijil kesihatan akan turut dikecualikan daripada sekatan perjalanan tersebut.

Di bawah dekri darurat itu menggariskan bahawa :-

- Semua pusat membeli-belah, pusat hiburan dan venue sukan yang menarik ramai pengunjung diarahkan tutup

- Pasar raya yang menjual makanan dan barangan harian, pasar yang menjual produk segar, farmasi dan kedai serbaneka akan tetap dibuka.

- Restoran serta kafe akan dibuka dan hanya menawarkan makanan untuk dibawa pulang serta perkhidmatan penghantaran.

- Semua tarikan pelancongan, tapak keagamaan, muzium, perpustakaan dan taman rekreasi akan ditutup.

- Penganjuran semua perhimpunan besar-besaran juga dilarang.

- Semua rakyat Thailand berusia di bawah 5 tahun dan lebih 70 tahun serta mereka yang berdepan masalah kesihatan dinasihatkan agar duduk di rumah.

- Tindakan akan diambil terhadap mereka yang membeli serta menyimpan barangan makanan dan keperluan secara berlebihan selain menyebarkan berita palsu.

- Perkhidmatan termasuk institusi kewangan, stesen minyak dan penghantaran akan terus beroperasi.   

- Orang ramai dilarang melakukan perjalanan antara wilayah.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang, Wissanu Krea-ngam tidak menolak kemungkinan bahawa perintah darurat itu akan dipertimbangkan untuk dilanjutkan lagi sekiranya perlu.

Sumber: Bernama

Destination: