Genting Skyworlds Akhirnya Dibuka!

TERKINI
February 07, 2022 - 03:36 PM


Saat yang dinantikan telah tiba. Setelah ditangguh atas pelbagai faktor antaranya akibat pandemik Covid-19, Genting Skyworld bakal dibuka kepada pengunjung bermula esok 8 Februari 2022. Taman tema terbaru di Genting itu berkeluasan hampir 26 ekar dan bakal dipenuhi dengan 9 zon bertemakan filem dan pengembaraan dan dilengkapi 26 ride dan tarikan yang cukup mengujakan!

Antara zon yang menarik adalah Eagle Mountain, di mana pengunjung boleh merasai sendiri bagaimana menaiki roller coaster basikal pertama di dunia!

Selain itu, Andromeda Base juga salah satu zon yang menarik di mana terdapat satu simulasi peperangan angkasa yang diberi nama Alpha Fighter Pilots! Nakkan sesuati yang membangkitkan adrenalin anda? Boleh cuba naik Terraform Tower Challenge!

Kalau anda peminat filem Ice Age, terdapat satu zon khas untuk filem ini. Dipenuhi dengan pelbagai tarikan yang bertemakan Ice Age dan yang paling menarik adalah Roller Coaster yang diberi nama Acorn Adventure dan juga gelongsor yang dipanggil Sid's Rock 'N' Slide. 

Harga Tiket untuk dewasa adalah RM189 dan RM161 untuk kanak-kanak. Korang yang berminat boleh buat tempahan di website Genting SkyWorlds ataupun aplikasi telefon pintar.

Sempena pembukaan esok, terdapat 20% diskaun sehingga 31 Mac demi menarik lebih ramai pengunjung!

Destination: