Hati – Hati Dengan Semakan Pengeluaran KWSP i-Lestari Palsu

TERKINI
March 24, 2020 - 07:12 AM


Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif membolehkan Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan jumlah maksimum RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan dalam usaha meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak COVID-19.

Inisiatif ini merupakan langkah yang diputuskan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bagi meringkankan sedikit beban yang ditanggung dan juga sebahagian dari Pakej Ransangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat.

Untuk pengetahuan, proses pendaftaran pengeluaran ini hanya akan bermula 1 APRIL 2020 melalui e-mel dan pos manakala pendaftaran dalam talian boleh mula dilakukan bermula 1 MEI 2020.

Namun, ada pihak yang sudah mula mengambil kesempatan dengan menyediakan laman web semakan online.com bagi menyemak dan mendaftar pengeluaran wang di akaun dua KWSP dan ternyata pihak KWSP menafikan dan mengesahkan laman web yang tular berkenaan adalah bukan milik KWSP atau mana – mana agensi kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, proses pendaftaran akan bermula pada 1 April ini melalui kaedah e-mel dan juga pos.

"Pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei 2020."

“Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini."

Sebenarnya, pihak KWSP ada menyediakan Panduan dan Soalan Lazim mengenai pengeluaran berkenaan di laman web mereka. Namun sekiranya anda tidak menjumpai dokumen berkenaan, boleh membuat rujukan di pautan dibawah : 

KLIK PAUTAN INI -----> Panduan dan Soalan Lazim mengenai Pengeluaran i-Lestari


Untuk email pendaftaran: [email protected]

Alamat KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, P.O Box No. 2, Jalan Sultan, 46670 Petaling Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut. Layari laman web: www.epf.gov.my

Untuk pertanyaan boleh email: [email protected]

 

Sumber : Awani