Lebih Banyak CCTV Bakal Dipasang Di Taman Tasik Titiwangsa
TERKINIBaru beberapa jam dibuka, viral beberapa gambar yang menunjukkan papan tanda dan sebahagian kemudahan telah dirosakkan di Taman Tasik Titiwangsa.
Kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad telah mengarahkan pemasangan CCTV selain pemantauan lebih kerap oleh pihak keselamatan taman berkenaan.
Tambah Khalid lagi, kejadian vandalisme ini sepatutnya tidak berlaku kerana orang ramai telah menunggu lama untuk taman ini dibuka semula sejak ditutup September 2018.
Kalau nak diikutkan, taman ini akan dibuka secara rasmi pada 2020 namun telah dibuka lebih awal kepada umum.
Berhubung dengan pihak yang menyewakan basikal secara haram pula, mereka diminta untuk memohon lesen kepada pihak DBKL. Bukan tidak dibenarkan langsung, cuma perlu mohon lesen dan ikut garis panduan serta syarat yang ditetapkan, tambah Khalid.
Nota Editor : Susah nak didik segelintir masyarakat Malaysia supaya lebih menghargai ni, ramai pandai cakap, tapi tak buat.