Legoland Bakal Dibuka di Beijing!

TERKINI
February 22, 2022 - 10:22 AM


Sebuah taman tema Legoland bakal dibuka di Beijing yang akan menjadi sebahagian daripada pelan bandar ibu negara China itu bagi menaik taraf susun atur pinggir bandarnya, lapor akhbar China Daily kelmarin.

Pembangunan taman tema itu dijangka menjadi antara sembilan projek utama bagi kebudayaan dan pelancongan China tahun ini.

Projek usaha sama antara Orient Group dan syarikat berpangkalan di Britain, Merlin Entertainments itu terletak di bandar Changyang dalam daerah Fangshan.

Dibangunkan dalam kawasan seluas 304,000 meter persegi, Beijing Legoland akan terdiri daripada resort Legoland, sebuah hotel, pusat perniagaan, lot parkir dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Operasi Legoland Resorts Group, Merlin Entertainments, John Jakobsen berkata, buat masa ini, terdapat tiga resort Legoland sedang dibina di China.

Destination: