Pelekat RFID Yang Rosak Akan Diganti Secara Percuma Oleh PLUS

TERKINI
January 20, 2022 - 04:19 PM


Netizen-netizen di media sosial rata-rata meluahkan rasa kecewa terhadap perlaksanaan RFID di plaza tol yang telah berkuatkuasa pada 15 Januari lalu. Antara masalah utama yang ditekankan adalah masalah pelekat tag RFID yang mudah rosak dan sukar diimbas oleh sensor plaza tol. 

Pihak Plus mengambil berat tentang isu tersebut dan mengeluarkan beberapa inisiatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Antara tindakan yang telah dilakukan adalah :

1. Tambah pasukan di plaza tol

PLUS telah menambah kakitangan untuk membantu para pengguna di plaza tol, serta meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.

2. Imbas tag RFID secara manual

Kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID sekiranya ada pengguna yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID. Andaikata tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.

3. Percuma ganti pelekat tag RFID

Jika pelekat tag RFID pengguna masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian dijalankan, pihak Touch ‘n Go akan menggantikan tag pelekat RFID secara percuma.

Tambah pihak PLUS lagi, sebanyak 10% pengguna telah beralih kepada kaedah pembayaran tanpa tunai RFID selepas ia dilaksanakan pada 15 Januari 2022 di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan pada hujung minggu lalu.

Para pengguna dialu-alukan untuk memberikan sebarang maklum balas melalui talian PLUSLine 1800-88-0000 dan chatbot PLUS atau P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS.

Sumber: Vocket

 

Destination: