Penerbangan Tertunda 11 Jam Gara – Gara Pilot Hilang Passport

TERKINI
September 18, 2019 - 12:46 PM


Sebuah penerbangan dari Vietnam menuju ke Korea Selatan tertunda selama 11 jam selepas juruterbang pesawat berkenaan tiba di lapangan terbang tanpa membawa passport.

Penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang rendah Korea Selatan T’way Air berkenaan sepatutnya dijadualkan berlepas pada jam 10.35 malam pada hari Jumaat tetapi tertunda sehingga jam 9.40 pagi Sabtu.

Menurut laporan The Korea Times, kelewatan tersebut disebabkan juruterbang pesawat berkenaan telah kehilangan passport dan ini menyebabkan akses ke lapangan terbang Ho Chi Minh City tidak dibenarkan.

Buat masa sekarang, syarikat penerbangan T’way Air sedang menyiasat perkara ini dan akan mengambil tindakan disiplin kepada pilot berkenaan kerana kecuaian.

Sementara itu, kesemua penumpang bakal menerima pampasan setelah rundingan diadakan selain mereka diberikan bilik hotel dan sarapan pagi semasa kejadian tersebut.

p/s : Se ‘otai – otai’ pilot yang dah biasa terbang pun boleh tercicir / hilang passport. Inikan kita yang keluar negara setahun sekali ni. Hihihi.