Promosi Tiket Kelas Perniagaan ETS2 Dilanjutkan Hingga 29 Feb 2020

December 10, 2019 - 02:41 PM


Ini berita baik buat korang yang ingin merasai pengalaman Cuti-Cuti Malaysia dengan menaiki perkhidmatan Tren Elektrik 2 (ETS2) yang baru diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)!

Buat pengetahuan korang, tempoh harga promosi bagi tiket kelas perniagaan bagi ETS2 kini telah dilanjutkan sehingga 29 Februari tahun depan.

Sebelum ini, KTMB memperkenalkan promosi berkenaan bagi perjalanan antara 11 Oktober hingga 30 November.

Lanjutan tempoh promosi berkenaan adalah disebabkan sambutan hangat yang diterima daripada pengguna dan bertujuan untuk membolehkan lebih ramai penumpang mencuba dan mengalami sendiri perkhidmatan gerabak eksklusif berkenaan.

Bermula bulan ini juga, ETS2 turut meliputi laluan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral.

Sejak Oktober lepas, tiket perkhidmatan ETS2 laris bak pisang goreng panas kerana ramai pengguna yang ingin merasai sendiri pengalaman ekslusif serta kemudahan menarik yang disediakan, seperti mana yang dikongsikan oleh salah seorang kakitangan ETS2 bernama Redzuan Abd Manaf di Facebooknya.

Menurut staf terbabit, antara fasiliti yang disediakan untuk koc kelas pertama adalah seperti di bawah:

1) Seat single, selesa dan ruang yang lebih luas

2) Seat boleh pusing/laras mengikut arah perjalanan bebas

3) Punya TV LCD di setiap kerusi (boleh tengok movie, maklumat berkenaaan ETS, mendengar lagu dan boleh order makanan dengan lebih pantas)

4) Power soket ada di setiap seat

5) Mempunyai 36 seat yang boleh memuatkan 36 penumpang

6) Welcome drink (untuk hentian dekat) & makanan percuma disajikan (bagi perjalanan jauh)

7) WIFI percuma

8) Onboard System

9) Amenity Kit

Paling istimewa, jika menjadi penumpang koc kelas pertama ETS itu korang juga akan mendapat layanan seperti di dalam penerbangan kelas pertama, siap ada pramugara atau pramugari disediakan bagi mengedarkan makanan dan minuman.

Menariknya lagi, kesemua mereka ini mendapat latihan daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) sendiri tau! Kelas kan!

Jadi korang tunggu apa lagi, cepat-cepatlah tempah tiket ETS2 di laman web KTMB ni!

Sumber: Bernama & Facebook Redzuan Abd Manaf