Rakyat Malaysia Diramal Sambut Tahun Baru Cina Dalam Cuaca Hujan & Ribut Petir

TERKINI
January 28, 2022 - 11:30 AM


Mulai hari ini, Jumaat (28 Januari) -- beberapa buah negeri di pantai barat Semenanjung dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang hingga awal malam.

Cuaca berkenaan dijangka berlaku sehingga 3 Februari atau erti kata lain masyarakat Cina di Malaysia mungkin menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dalam suasana hujan!

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) -- cuaca buruk itu melibatkan 8 buah negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

Selain itu -- bahagian barat Sabah, utara dan tengah Sarawak turut dijangka mengalami cuaca yang sama.

Bagaimanapun sebaliknya, negeri-negeri di utara dan timur Semenanjung mengalami cuaca panas dan kering.

Dalam pada itu, berdasarkan analisis MetMalaysia, sistem cuaca tekanan rendah di barat Pulau Palawan, Filipina dijangka bergerak ke arah barat laut menjauhi negara. Ia juga diramalkan tidak berkembang menjadi siklon tropika yang signifikan dalam tempoh 24 jam.

Justeru, orang ramai dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Destination: