Taman Tema MAPS Dibuka Semula Hari Ini Selepas Bekalan Elektrik Terputus

TERKINI
December 18, 2019 - 08:28 AM


16 Disember lalu, laman Facebook rasmi Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) memuat naik sebuah status yang mengatakan premis mereka ditutup sementara waktu bermula 16 Disember 2019 sehingga satu tempoh yang akan diumumkan kemudian.

Rata – rata pengunjung ternyata terkejut dan ramai melepaskan rasa tidak berpuas hati mereka di posting Facebook berkenaan. Ini kerana ada yang datang dari jauh dan apabila sampai di pintu MAPS, mereka dikecewakan.

Menurut pengumuman yang dibuat pihak MAPS, mereka terpaksa tutup atas sebab gangguan bekalan elektrik dan difahamkan ketika ini, MAPS berhutang dengan Affin Invesment sebanyak RM25.7 juta.

MAPS Dibuka Semula Mulai Hari Ini

Mungkin berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi, MAPS mengeluarkan satu lagi pengumuman berkenaan taman tema mereka iaitu ia akan dibuka semula pada hari ini (18 Disember 2019)!

Ini ternyata melegakan ramai pihak terutama ibu bapa yang telah merancang untuk membawa anak – anak ke taman tema berkenaan pada musim cuti persekolahan ini.

Destination: