Wow, Masjid Ni Tawar Hadiah Wang Tunai Bagi Jemaah Bawa Keluarga Solat Subuh

TERKINI
April 20, 2022 - 04:42 PM


Sebelum ini pada bulan Mac lalu -- Masjid Nur As-Sa’adah di Kampung Pengkalan Batu, Melaka menarik tumpuan orang ramai apabila menawarkan hadiah empat motosikal berjumlah RM16,000 dan basikal sebanyak 40 buah bernilai RM20,000 kepada anak kariah yang istiqamah solat Subuh dan Isyak selama 40 hari.

Terbaharu, masjid tersebut menawarkan pula ganjaran yang lebih menarik iaitu berupa hadiah wang tunai RM4,000 kepada ahli kariah masjid yang istiqamah mengerjakan solat Subuh.

Tetapi ada syaratnya, iaitu jemaah perlu memastikan isteri dan anak-anak turut hadir ke masjid untuk berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam tempoh 40 hari tersebut.

Pengerusi Masjid Nur As-Sa’adah, Amzah Osman berkata program berkenaan adalah lanjutan daripada inisiatif pemberian hadiah berbentuk basikal dan motosikal kepada kanak-kanak serta belia sebelum ini.

Kini ia diperluaskan bagi melihat ahli-ahli kariah masjid dapat hadir bersama keluarga dan pemilihan juga dilihat dari segi mereka yang paling ramai membawa anggota keluarga ke masjid.

"Kita rancang laksanakan program ini selepas Hari Raya Aidilfitri ini, akan diadakan pemberian hadiah wang tunai untuk Keluarga Sakinah itu," katanya.



Jelasnya, sebelum ini pemberian beberapa buah basikal kepada anak-anak yang cemerlang solat Subuh dan semua program yang dilaksanakan mendapat peruntukan daripada individu perseorangan dan dermawan.

"Kita akan terus menceriakan bulan Ramadan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menarik kariah untuk mengimarahkan masjid termasuk qiamullail tidak lama lagi," katanya.



Sumber: Melaka Hari Ini

Destination: