Wow, Thailand Longgarkan Lagi Syarat Kemasukan Pelancong Asing!

TERKINI
February 24, 2022 - 02:59 PM


Bermula 1 Mac ini, Thailand akan melonggarkan lagi syarat perjalanan COVID-19 untuk pelancong antarabangsa iaitu mereka yang sudah menerima vaksin tidak perlu melakukan ujian RT-PCR pada hari kelima ketibaan -- sebaliknya hanya perlu membuat ujian antigen pantas kendiri.

Peraturan baharu mulai bulan depan itu adalah bagi mengurangkan kos dan memudahkan perjalanan meskipun kes COVID-19 terus meningkat di negara itu.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata pelancong juga tidak perlu membuat tempahan hotel untuk menjalani ujian tersebut.

Malah, perlindungan insurans perubatan untuk pelancong juga dikurangkan daripada AS$50,000 kepada AS$20,000.

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.

Selain itu, pengembara perlu membuat tempahan SHA Extra hotel yang diperakui dan ujian RT-PCR COVID-19 pada hari pertama dan kelima.

Dalam tempoh 24 jam lepas -- Thailand merekodkan 21,232 kes baharu COVID-19 dan 39 kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 2,770,793 dan 22,730 kematian.

Sumber: Astro Awani

Destination: