Pengurus Kantoikan Fattzura Bakal Timang Baby Boy?

June 30, 2020 - 01:00 AM


Status di Instagram pengurus Fazura membuat peminat menyangka pelakon itu bakal menimang bayi lelaki. Ini kerana, Iman Tang memaklumkan sudah 'booked' anak pasangan Fattah Amin dan Fazura itu untuk menjadi penyokong Liverpool.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Gempak, Iman memaklumkan dia tetap akan melakukannya tanpa mengambil kira jantina bayi pasangan itu. Malah, Fattzura sendiri belum tahu jantina anak yang bakal ditimang mereka.

“Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat baby boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah kata dalam tu, kan? “Sebenarnya, saya dah ‘booking’ baby Faz untuk jadi penyokong Liverpool tak kiralah dia lelaki atau perempuan.

“Fazura dan Fattah sendiri belum tahu jantina bayi mereka sebab bulan depan baru mereka akan buat check-up untuk tujuan tersebut,” katanya.